15 March 2011

mana pergi SENSITIVITI rakyat Malaysia???

beberapa hari lepas (11 Mac 2011), rakyat dunia dikejutkan dengan berita tergempar iaitu tsunami di Jepun . tsunami kali ni lebih teruk dari tsunami di Acheh . tp situasi nmpak mcm lebih kurang sama dgn kejadian di Acheh tu . menakutkan dan meninsafkan .

beberapa hari lepas berita gempar ni, tiba2 dikejutkan pula dengan berita yang disiarkan di dalam berita harian malaysia, kartunis berita harian tergamak melukis gambar kartun Ultraman yg tengah lari dari tsunami . huh~! mana perginya sensitiviti rakyat mesia nie?? boleh plak kan buat2 joke dgn bencana yang terjadi ni . perlu ke keluarkan atau melukis gambar2 sebegitu?? sungguh tak de rasa sensitif!! yang paling teruknya, bila berita ni masuk dlm CNN . aib sungguh!



tak rasa ke bencana ni adelah tanda2 akhir kiamat?? kenapa perlu buat joke dgn perkara2 serius mcmni? sepatutnya kita fikirkan asbab musabab bencana tsunami ni, bukan buat lawak pasal ni . haiiiih~ kesian kottt dkat org2 jepun kat sana yang masih kesedihan rumah hilang, ahli keluarga hilang, semuanya hilang tu . haduiiih~kesian sangat dan insaf bila tgk kejadian tu kat tv .



sebelum berita pasal kartun ni, ada berita lain pulak dimana kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang timbalan Menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Mukhriz Mahathir yg mengatakan bahawa, jepun perlu segera pulihkan negara .


"Jadi, diharap mereka dapat pulihkan keadaan secepat mungkin agar kesan terhadap ekonomi global dapat dikawal supaya terhad," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini hari ini.


petikan diambil dari UTUSAN 12 Mac 2011 .


huh~adeh, nk cakap tak masok akal atas kenyataan mcmtu pun ade jugak . walaupun laa tsunami tu boleh menyebabkan ekonomi negara kita ni sedikit terjejas, tp, seharusnya beliau fikir keadaan mereka kat sana . terukkkk kotttt kemusnahan kat sana ! mana boleh nk pulih dlm masa yg singkat . dulu, kat Acheh pun, brp tahun amek masa nk pulihkan balek negeri dorg? inikan pulak, seteruk jepun ni . mungkin bertahun2 nk amek masa utk kembali pada dulu . tp, mustahil laaa nk jadi mcm sebelum ni . haiiih~ tolong laaaa fikir sebelum ckp sesuatu . boleh mengundang kemarahan org kot . dorg tu bukan expect perkara mcmtu nk terjadi . bukan dorg mintak pun!


cuba tgk INI, mustahil jepun boleh pulih dlm masa yang singkat . fikir2kan lah . tgk jugak, mcmana ALLAH boleh memusnahkan suatu tu dgn sekelip mata je . sampai licin!




tak cukup dgn tu plak, Datin Seri Rosmah Mansor pulak mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bencana tsunami tu adelah akibat kelalaian negara jepun melaksanakan pembangunan mesra Alam dan itu adelah 1 pengajaran buat jepun . erkkkk~ weyhhh! tolonglaaa jangan sesuka hati buat kenyataan yg bodoh mcmtu . takde sensitiviti langsung!! org2 mcmni, bagi aku, orang yg cetek ilmu . hadeiiih~ kan ke kenyataan mcmtu boleh menyinggung pihak berkenaan dan jugak boleh menimbulkan kemarahan pihak lain . fikir sebelum berkata-kata boleh tak???!!


marah ni, marah!




tatau dah nk cakap apa dengan mereka2 ni . belajar dah tinggi tp apa yg ditunjukkan tak serupa mcm org yg berpelajaran . bak kata org tua2 dlu :

kerana mulut badan binasa



0 komen anda:

Post a Comment