20 March 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !






Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan

Ada byk sbnrnya pengalaman dgn mak sepanjang 24 tahun saya hidup ni. tapi, ade bbrapa yang masih segar diingatan . Firstly, dulu tiap2 raya mak rajin jahitkan baju raya utk saya dan adik2 . saya paling suka pakai baju yang mak jahit . masa cari kain utk baju kurung, mak msti akan cakap :


"kali ni, pilih kaler baju sendiri ye"

"ok mak!", dgn perasaan gembira


disebabkan saya jenis yang sangat cerewet dlm memilih warna baju dan jenis kain, akhirnya, mak mesti akan cakap :


"apa kata amek kaler warna ni? mak tengok baju kurung tu dah byk kaler biru, hijau"

"alaaa...org nk kaler ni..", smbil pegang kain yg dah menarik perhatian saya tu.

"cube try kaler ni ea. nampak lain cikit . ni lawa ni bila da buat baju", mak pujuk jugak spy amek kaler yg die pegang tu.


pembelian kain selalunya akan diakhiri dgn warna pilihan mak, decision mak . lepas tu jer, mesti muka saya muke masam jer sebab merajuk . tapi, bila mak dah jahitkan baju. baju2 warna pilihan mak tulah yang menjadi kegemaran saya.

keduanya. masa keluarga ditimpa masalah besar, mak bersedih . saya lah yang paling setia mendengar masalah mak, beri pendapat, berikan nasihat yang wajar dan cuba utk ceriakan mak. selalunya, mak yang akan mendengar masalah saya, tapi...apa salahnya kan kalau saya pulak yg dgr masalah mak?

ketiga . saya ingat lagi saya pernah tanya kat mak satu ketika dahulu :



"mak, nak adik!" *slamber mintak adik mcm mintak cokelat je kan?*

tapi mak tak bagi jwpan . mak gelak je . mak cuma tanya balik :

"nak adik apa?"

"nak adik perempuan"



tak lama lepastu, mak mengandung . tapi, mak rahsiakan . bila tanya, mak nafikan . tapi nenek bongkarkan rahsia . hehe . tibe saat genting, abah bwk mak pegi ospital . perasaan aku cuak tambah takot . then, dpt fon call dari abah . abah ckp, mak lahirkan adik perempuan! pergghhh~hepi gila smpai menangis saya . almaklumlah, sebelum ni, saya sorang jer perempuan dlm adik beradik . skarang dah ada kawan nk gaduh! hehe.

keempat. ingat lagi, bila mak bagi green light untuk en.chubby . agak terkejut jugak sebenarnya . sebab, sememangnya mak adelah seorg yang tegas . dulu, mak menolak keras dan tak bagi saya berkawan rapat dgn lelaki . tapi, pelik bila mak ok pulak kali tu . terima kasih mak! doakan kami ye. hehe.





Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?

semestinya saya lebihkan mak dari abah . sebabnya, dalam sebuah hadith ada menyebut :

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?” Beliau menjawab, “Ibumu! Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasul menjawab lagi, “Ibumu!” Ia balik bertanya, “Siapa lagi?” Rasul kembali menjawab, “Ibumu!” Ia kembali bertanya, “Lalu siapa lagi?” Beliau menjawab, “Ayahmu!”


so, kesimpulan disitu, emak adalah lebih penting . ini adelah kerana "SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU"



Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?

oh . tidak! mak dgn abah dah jaga saya dari sejak lahir . bagi makan pakai, bagi sekolah elok2, bagi segala2nya . mak abah jugak berkerja keras siang malam utk bagi yang terbaik utk anak2 . mana mungkin, saya nak letak mak abah dekat rumah org tua . masa dewasa ni lah, masanya utk saya membalas jasa mereka walaupun saya tahu, saya tak mampu utk membalas kesemuanya .



Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka.

itu namanya bodoh kot . mengejar harta pusaka . buat apa? bukan boleh bawak ke mati pun kn . biarlah sama rata . kalau ada, ada . kalau takda, tak menjadi masalah . sebab Islam telah pun meletakkan syarat2 dan bahagian2 yang sepatutnya dalam pembahagian harta pusaka . so, takperlu berebut pun .






7 komen anda:

Unknown said...

nice story

hargai ibu anda selagi mereka masih hidup

Dda Ly said...

kamu rapat ngan mak kamu ye? :) same cam akak...rapat ngan ibu...sayanggg ibu...:)

meh ke rumah..
~little newborn~
keep in touch ye..♥♥♥

Sue Saari said...

syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D

mas saari said...

salam singgah n follow!
memang sedih bila bercerita tentang ibu jadi hargailah ibu kita selagi dia masih ada..

LAVENDERIES SHAYLEE said...

btul2...hargai mereka selagi mereka masih hidup.. :)

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

selamat berkenalan.
singgah dari segmen BA n terus follow kamu ^^

indahnya baju raya mak yang jahitkan..
sayang tak sempat nak join segmen ibu

jemputlah singgah
http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/love-sweetheart-ben-ashaari-vs-arnold.html

LAVENDERIES SHAYLEE said...

yuupps3..bj mak jahit lebih selesa.. :)

Post a Comment