17 May 2011

kemas . kemas . kemas !!


Assalamualaikum dan selamat tengahari semua



ok . harini tibe-tibe rasa nak update blog . sementara tunggu adek pi beli plastik sampah dan sementara mak tengah goreng karipap, bleh la aku update sikit . hehe . sebab, pasni nak bergotong-royong kemas luar rumah yang serabut macam da tak rupa rumah tu . al-maklumlah, cuti, so.. adalah masa sikit . nak-nak lagi adek-adek dari UIA ngan UTP da blek cuti . kehkehkeh . ini lah masanya nak kerah tenaga dorg . duk rumah tido men tenet je, baikla tolong mak . hahaha!



konon-kononnye, nak bangun pagi nak kemas rumah . huahuahua . last-last, kul 10 gak aku bangun *sigh* . haiiih~tah pe kene, mlm tadi takleh nak tido . sampai ke kul 3 aku try lelapkan mata, tapi takleh gak tido . huhu . mungkin, sebab terlalu rindukan en.chubby . dah 2 bulan tak jumpe beliau . rindu sgt . hmmm~bila lah en.chubby nak dtg sini jumpe aku . katanya, nak dtg cuti sekolah . errrr~tapi sekolah cuti bila???? tak la ku tahu . huhu .



hmmm . ok lah . nak kemas rumah dah . adek da blek dr kedai, mak pun da siap berseluar . haha . mariiiiii kiteeeee kemas rumahhhh!!! yeaaaahhhhhh!!








p/s : rinduuuuuuuuu~~ :'(









14 May 2011

Cari hartanah di Malaysia?




Hallo semua !!



Kepada anda diluar sana yang sedang mencari rumah untuk tempat tinggal anda sekeluarga, anda boleh la melayari Hartanah Malaysia . di sini, pelbagai jenis rumah yang anda inginkan, dan juga dengan harga yang berpatutan . Hartanah Malaysia juga menyediakan hartanah untuk di sewa seperti ruangan pejabat, condominium, banglo, kedai, kilang-kilang dan sebagainya di sekitar kawasan kediaman anda . tak kurang juga bagi sesiapa yang mencari tanah untuk dibeli dan disewa .



Bagi yang mencari tapak perumahan, Country Heights Damansara ada menyediakan 501 plot banglo dan ia dibangunkan oleh Country Heights Holdings . di sekitar kawasan ini terdapat beberapa kemudahan untuk penduduk, iaitu berdekatan dengan tempat rekreasi seperti ait terjun, tasik dan ia juga berdekatan dengan bandaraya Kuala Lumpur .



untuk maklumat lanjut, anda boleh lah melayari HARTANAH MALAYSIA .





11 May 2011

zaman persekolahan 1


again, update . mata mengantuk, tapi still nk update . tibe-tibe rasa nak cerita sesuatu . actually, cite ni timbul masa on the way nak balek umah tadi . borak-borak ngan nana . beselah, bila da start borak, memang melencong-lencong lah tah kemana . tah macamane, leh teringat kisah-kisah masa di zaman alam persekolahan . masa kat sekolah asrama .



as usual, bila sekolah berasrama ni, memang byklah peraturan-peraturan yang perlu diikut . macam sekolah aku, sekolah agama, sure-surelah kan . huhu . seperti biasa, kelas habis tengahari around 1 tghari . lepas kelas je, kene solat zohor kat musolla [musolla = tempat solat / surau] . lepas solat baru leh lunch . lepas lunch boleh balek dorm, tido or rehat-rehat . then, petang boleh pi main bola jaring ke, badminton ke . solat asar lak, diwajibkan utk jemaah kat dlm dorm masing-masing . ikot jadual yang dah ditetapkan . tiap kali lepas solat asar, wajib pulak ade tazkirah pendek . hehe . pastu, semua kene selesai mandi sebelum kul 6.30 ptg . sebab, kul 6 lebih biasanya, dh kene pegi blok akademik untuk prep diwaktu malam . errr~tau tak pe 'prep' tu???? [prep = belajar diwaktu malam] . sebelum maghrib menjelma, kebiasaannya kitorg akan ada bacaan al-mathurat beramai-ramai . then, kalau ade budak-budak lambat dtg musolla if al-mathurat da start, kene denda baca kat jalan tar depan musolla . haha . bila teringat, sure nk tergelak . pastu, lepas solat maghrib, then ada tazkirah yang biasanya akan diberi oleh Badan Kepimpinan Pelajar . aku suke time2 ni . sebab, lepas je tazkirah, pengawas akan umumkan dorm-dorm yang paling bersih, dan dorm yg dpt no last kene denda . haha . dorm aku?? selalu dpt yang top beb!! ekekeeke~~




lepas suma selesai, barulah boleh makan malam . then, semua pelajar WAJIB pegi blok akademik untuk prep . biasanya, time prep ni lah aku siapkan keje sekolah, or pegi tuition . prep sampai pukul 10 mlm . lepastu, solat isyak berjemaah then, supper . pastu semua kene balek dorm untuk tido . sebab, esok pagi nak kene bangun awal, b4 subuh da nak kene bangun pegi musolla solat subuh . biasa, lepas subuh tu akan de baca al-mathurat ikut dorm . time tu la ramai terlentok-lentok tertido . hehe . macam-macam kan?? pack gile timetable time sekolah dulu .



teringat 1 peristiwa, dimana time tu kalau tak silap, solat maghrib . dah khusyuk-khusyuk solat, bacaan semua da ok, imam pun bace best . lepas je habis tahiyat akhir, tiba-tiba ade pengumuman .



"assalamualaikum . saya, nak mintak maaf kat semua . saya tadi, terlupa nak ambil wudu' sebelum solat"



wut the the !! semua bantai gelak . bhahahahahaha!! boleh plak kan nak solat lupe amek wudu' . lawak betul lah . ada lagi skli tu, lagi la . imam terkentut, pastu announce . adoiiiyaii~lawak tul . sakit perut kitrg gelak . apa tak nye, da habis solat kot . then, terpaksalah kitrg solat sendiri semula . haha . takpe-takpe, dimaafkan . ekekeke~




teringat lagi, dulu masa kat asrama, tiap-tiap pagi ahad, kitrg akan ada qiamullail [qiamullail = bangun solat malam] hehe . kami akan dikejot around 4 pagi . then kene pegi musolla . time ni, macam-macam lah kerenah budak-budak . ada yang cakap period, tapi sbnrnya tak . ada yang solat, tapi tido kat blakang musolla . haha . kelakar-kelakar . aku pun penah gak wat camtu . tapi tu b4 jadi pengawas lah . haha . perghhhh~time solat qiam, memanglah mengantuk yang teramat sangat . pernah, beberapa kali lah jugak, ada sorang ustaz yang mengimamkan kitorg . bacaan mmg perghhhh~ slow dan lama gile . time sujud terakhir tu, bleh plakkan tertido . sampai da bagi salam suma, still tak bangun-bangun . sampai ada pengawas dtg, kejutkan mereka2 yg tertidur dlm solat . ada tu plak, bila da iqamat solat subuh, br terjaga . hahaha!! lawak seyhhhh bila ingat balek . nak tergelak je rasa .



kalau nak cerita pengalaman2 dulu time sekolah, memang takkan habis punya lah . dari perkara yang memalukan, kelakar, mencemaskan pun semua ada . hahaha . dahla time sekolah dulu nakal, camane laaa plak kan boleh tercalon untuk jadi Badan Kepimpinan Pelajar (a.k.a pengawas) haha . tu macam ok lagi kot sebab dlu masa kat sek.ren penah jadi pengawas . yang paling terkejot bila pernah dilantik jadi biro tazkirah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) . perrrrghhhhh~ gila! hahaha . bila teringat balek, kelakar betul time sekolah dlu .




haha . ok lah . nak lelapkan mata lah . esok kene bangun awal pulak . esok aku cite pasal denda-denda kat sekolah dulu . hehe




nite semua!!







p/s : arrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! rindunyaaaaa... :(






antara CINTA dan CITA-CITA







Assalamualaikum kawan-kawan semua .




Alhamdulillah, sbb arini aku dapat hidayah utk update blog . haha . dah lama tak update . almaklumlah, ke'busy'an lately *busy lahhhh sgttt* . huhu . okeh, apa kene mengena tajuk entri aku rini ek??? eheeee~ meh-meh aku cerita .




Actually, idea tajuk entri ni tiba-tiba je muncul . muncul di atas beberapa faktor . dicampur plak dgn al-kisah semalam . hehe . kemarin, aku... ponteng kelas *pengakuan ikhlas* . haha . teman nana balek umah sebab beliau tiba-tiba demam . dan tak tahu kenapa, aku tetibe menjadi rajin . kemas rumah, pastu siap masak lauk skali . haha . masak lemak cili padi ayam . perrrghhh~ teringin sebenarnya . nak tunggu mak blk, mmg lambt lagi lah kan . so, masak jer la sendiri .




petang-petang, tengah lepak-lepak ngan nana borak-borak sambil hanger baju-baju kurung, tibe-tibe terdengar satu suara, oh.. tu suara mak . jerit dari bawah ke atas tanya sesuatu . dan berlakulah dialog mcm kat bwh ni .





"oiii . masak apeeeeee arini??"

"masak apa? tengok laaaa sendiri kat dapo tuuu . owg da siap masak da "

*dengar org bukak periuk*

"wahhh . ini da boleh dapat menantu ni.. "

*terkejot jap...plus, blur*

"hah?? pe dia??? [sambil gelak-gelak] . nak menantu?? bolehhhh jerrr . tade hal . calon da de ni"

"pegilaaa keje cari duit, boleh kawen"

"alaaa, ingt mak nak ckp, "mak bagi duit, boleh la kawen" . hahaha "






adoooiyaii . mak ni kenapa pulak dah . da tak sabar nak menantu ke pun?? atau mak dah terasa yang anak mak ni da tua, kawan-kawan anak die yg sebaya satu lot ni suma da kawen, tp anak die je belum?? haha . adehh2 . atau...... mak da tak sabar nak cucu?? kwang kwang kwang . aku terkejut dan hanya mampu tergelak . sampai sakit perut gelak dgn nana bila dgr statement mak tu . hadoiiiiiyaii .




mak . sabo ek . anak mak ni, blaja pun blum habis lagi haaa . sampai masanya, anak mak ni kawen laaa . tunggu masa jer . plus tunggu kerja dan ada duit . barulah boleh nak kawen . atau, mak nak sponser???? *mmg tak lahhhh kan* huhuhu





haaa . ini lah dikatakan antara CINTA dan CITA-CITA . dalam mengejar cita-cita yang panjang ni, perlu jugak diselitkan cinta . huh?? yeke?? errrr~ ini juz pendapat aku jer, sapa yang rasa xleh terima, just baca and senyap ! hahaha . ok sambung . macam org tua-tua penah cakap la, "sambil menyelam minum air" . tul tak?? haaaa . itu laaa yang tengah aku praktikkan . sambil mengejar cita-cita, aku juga mencari cinta . perghhh! ayat cam hape je . haha . sebab bagi aku, bila aku bahagia, the whole day aku akan jd a good day . dan bila nak belajar pun, hati rasa aman damai je, dan boleh focus ! haha .



tapi, dlm bercinta ni, mmg penuh cabaran dan dugaannya . hanya bergantung pada individu tu sendiri samaada, sabar atau tidak, dan jugak bergantung macamana mereka mencorakkan perhubungan tu . lain org lain caranya . tapi, bg aku, dengan kehadiran insan yang kita sayang tu, akan membangkitkan lagi semangat utk belajar dan sbgnya . kira macam "pencetus" semangat la . kalo mood down jer, boleh jd up blek . ehehehe~ tu pendapat aku lah, sebab itu apa yang aku rasa bila ada en.chubby . hehe . korang camane lak??





oh . mungkin hasil dari pemerhatian aku la kan, bila tgk kawan-kawan yg kawen awal ni, life diorg jadi lebih baik dan semakin baik . pelajaran pun makin bagus . hidup semakin matang . korang rasa?? huhu . kalaula betul pemerhatian aku ni, nak jer aku ajak en.chubby kawen cepat-cepat . haha . *gatal plak* . boleh laaa aku dapat 4 flat everysem . bleh dpt deanlist macam nana everysem . ahahaha ! lol~ sudahhhh2 . aku ni bab-bab berangan memang no 1 . ekeke~ apa-apa pun, aku kne hbiskan praktikal ni dulu . then, baru fikir next step . hehe .





ok lah . nak g mandi, makan pastu nak tido . ngantuk bangatttt seyhh!




bye-bye semua!







p/s : mak da tanya-tanya tu b, bila lagi kite?? hehe . eh, xpe-xpe, ilek2 sudaaa la kan cyg? kite kan nak carik duit dulu . huhu~ tunggu jap jeee ek cyg, tunggu syg bis blaja . pastu da leh keje.. :)





08 May 2011

1 happy day


harini, hari jadi aku . hari ni jugak, hari ibu . hiihi~seronok rasanya .


pagi-pagi tadi *time tgh tdo*, tibe-tibe dengar munyik msg enpon . tengok-tengok, upenya mak msg wish besday kat aku . huhu~ terharuuuu nyaaa . siyesss weyhh . tiap-tiap tahun, sebenarnya, aku paling menantikan wish dari mak . dan sejak 4 tahun yang lalu, aku menantikan wish dari insan tersayang aku . sapa lagi, en.chubby lah . huhu .





dlu, tiap-tiap tahun, mak selalu lupa besday aku . tapi, bila besday adik-adik, ingat lak . mak siap belikan kek lagi . sedihhhh~abah? rasanya abah tak penah pun ingat besday aku . tapi, terkejut tahun ni, tibe-tibe, abah wish plak . huhu . ekceli, aku tak kisah sangat pasal hadiah ke, kek ke . cuma ingatan parents tu je . kalau mak tak wish, rasa cam sedih jerrrr sehari tu . bergenang jer air mata . haha .





tapi Alhamdulillah, tahun ni mak masih ingat besday aku . bahagia jer rasa . kebetulan, arini ari ibu . mmg tepatlah harinya, mak yang dah melahirkan aku . mendidik aku . walaupun mak garang, tapi mak penyayang . walaupun mak suka bebel if buat salah, tapi mak tak penah rungut sepanjang besarkan aku . now, aku dah pun 24 tahun . da meningkat dewasa . rasa terharu bila baca msg mak pagi tadi..



"Hari bertambah lagi usia ke-24 tahun . cepatnya masa berlaku, rupanya anak mak dah dewasa . semoga jadi anak yg solehah . Ameen . Selamat ulang tahun ke-24 "




syahdu lak bila dapat msg yang ikhlas dari mak . mak mana yang tak pernah ikhlas kan kan kan?? hehe . ari ni jugak, mak masak nasi ayam yang dah lama aku nak makan . hehe . bukan pe, masakan mak dgn masakan org lain tak sama . mestilah air tangan mak tu yang paling sedap!!




oh . arini jugak, gaduh dengan abah . gerammmmm rasanya . bertengkarlah jugak tadi sampai nangis-nangis aku . tapi biasalah, bila anak bergaduh ngan ayah die, last-last bila masing-masing taknak mengalah, masing-masing sakit hati, masing-masing diam tak bertegur . huhu . tapi, nasib baik mak ade untuk membackup aku . hehe . so, takde lah aku ngan abah meneruskan pergaduhan tu . hoho .



erm . ok lah . ni pun nak tunggu mentor kul 9 . hehe .


bye!








p/s : arini, b da lik perak . rindunyee . dah sebulan lebih tak jumpa . pasni, jadi 2 bulan . rinduuuuuuuu b~ sobbbs sooobbbs.. :(



hari ibu dan hari lahirku


Tahun ni, hari ibu jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh lahir aku .
8 MAY . hihi .



thanks for all wishes kawan-kawan . sungguh terharu . harini, genap umurku 24 tahun . perghhhh~tua bangka sudah rasanya . aku sudah hampir melangkah ke alam kedewasaan . dah tak boleh macam budak-budak lagi . perangai dah kne matang cam owg umo 24 . tp muka kene maintain awet muda, badan kene maintain kecik molek jer . bia org tatau umur ku . muahahahahaha!!


*amacam? muda tak muka aku?? ehehehe*






tepat kul 12 tadi, u know wut, i've got this msg from sumone dat i really-really miss .


"hepi birthday.. Luv u n miz u.. Mmuuaahh"






boleh teka sapa??

















huhu~ opcos laaa dari en.chubby . huh~ingatkan beliau dah tido, upenya tunggu kul 12 . terkejot eden . baca banyak kali msg tu . terharu syg . mekasih b . luv u too . really miss u dear .








selamat hari ibu makkkkk!! sayangggg makkk! terima kasih sebab dah lahirkan owg . owg tau, owg da byk menyusahkan mak selama idup 24 thn ni . pengorbanan dan jasa mak takkan boleh dilupakan, dan takde bandingannya . i love u mom!



btw, thanks semua . malam ni boleh tido dgn hati yang gumbira !




gudnite all

n_______n








p/s : sayang..mekasih sebab ingt hari lahir syg..i love and miss u too my dear..can't wait to see u..really miss u..





07 May 2011

lalalala


its 7th of MAY today . just another 2 hours, 8th MAY will come .



haha . kenapa ya??
ada sapa3 leh teka tak??





























tak bleh??






























takpe, tunggu jer laaa ye ..

(n_______________n)





panas . panas . panasssssss !!




fuh fuh fuh !


arini aku nak update dengan kadar yang pantas . huhu . korang rasa tak pe yang aku rasa?? *sekitar shah alam* huh~ panassss sungguh rasanya kebelakangan ni . korang rasa tak?? ke aku sorg jer yg rasa ? haiiih~~



perghhhh~ tapi kepanasan kali ni semacam je . panas die lain macam . sejak tsunami kat Jepun ritu, cuaca jadi xmenentu . kalau hujan, lebat gile . sampai berlaku banjir kilat . tapi kalo panas, perghhhh~ panas sungguh . malam2 pun panas . sampai peluh-peluh bila bgn pagi . hmmm~ bila tghri, da mcm takyah susah-susah nak pi sauna dh . dok uma je dh macam sauna . gile panas . haha . hadeiiihh~



panas sungguh sampai aku rasa nk duk jer dlm bilik air . mandi 3 kali sehari pun mcm tak cukup jer . rasa nak g berendam jer dalam kolam . tapi.......rumah aku tade lak kolam renang kan . takkan nak berendam dalam besen kot . walaupun aku ni kecik, tapi besen tak muat gak . arrrrghhh~!! huuuuuu~



ok lah . nak pi econsave g teman mak beli barang dapor . mak nak masak nasik ayam . hehehehe . request kat mak semalam . ekekeke~






p/s : emm..b dah mcm nak ok cikit . rindu sangat die . huh~ b keje sini da ok da, leh lak kan de org dengki kat tmpat keje die . siot lah! org tak kacau periuk nasik die, die lak kacau periuk nasi org lain . hmmmmm~ b da nk lik perak lik . rinduuu sgt b . :(



04 May 2011

hari yang letih



Assalamualaikum pembaca-pembaca yang sudi baca post aku yg mengarut-ngarut ni . hehe . tak tahu kenapa harini terasa nak mengepost sesuatu disini . perjalanan harini, kurasakan lambat sungguh berlalu . haiiihhh~ letih .



hari ni jugak, tak tahu kenapa, aku tengok budak-budak kelas semua mcm tak productive langsung . suma macam lemau jer . apasal ekk?? termasuklah aku . rasa tak de mood pun ada . plus, aku tengok semua, bila doc tanye soklan, suma buat muka toya . haha .



today was first day with Dr.Omar . seorang pakar anesthetic . huh~ memang tercengang lah dengar die mengajar pasal drugs . dahla bila die sebut nama drugs-drugs tu laju gila . nak tulis pun tak sempat . boleh dikatakan, sepanjang kelas die tadi 90 % aku blurrrrr sebab, tak faham pe die ajar . siap tanya pasal camne nak kire blood volume ikot berat badan lah, pengiraan itu ini . perghhh~ mana ingat bhaaiii ! dah la b4 ni tak penah lak difocuskan kat pengiraan-pengiraan ni . memang fail lah bab mengira nie . huhu . tapi . beliau mmg hebat . kagum kejap . haha .



belajar dengan Dr. Faez lak, macam belajar dlm kelambu . suara pelan je plus, cara die cerita pasal anatomy tu, mcm tengah buat bedtime story kat kitorang sekelas . haha . kalo sapa duk belakang-belakang, konpem tak dengar sepatah haram die cite kat depan . sebab tu time kelas die je, aku mesti duk depan . kalo bleh depan muka die . hehe . bukan pe, senang nak catit pe point2 penting . huhu . kalo dok blakang, alamatnya sepanjang kelas die, aku berkhayal plus mengantuk ! haha .



Lepas je kelas dengan Dr. Faez, aku gerak teman nana jumpe boyfie die en.ikram a.k.a ikie . datang shah alam sebab ade interview keje kat puncak alam . huhu . lepak-lepak jap ngan dorang sementara tunggu kul 8 mlm coz ikie nyer tiket bas balek pahang kul 8 . sepanjang aku lepak ngan dorang, tibe-tibe rasa sedih je . yelah, hepi tengok dorang hepi je . bergurau senda . bemanja . huhu . tibe-tibe teringat kat danial . memang sepanjang lepak borak ngan diorang, pale otak aku ligat teringatkan danial . rindu sangat-sangat rasa . rindu nak gelak-gelak, borak-borak, manja-manja . huhu . time tengah borak-borak, leh lak kan ikie tnya aku, apa yang ada pada danial yang buat aku syg dan suka die? perghhh~ soklan tu susah tu nak jawab . hehe . jawapan mestilah ada . tapi, rahsia peribadi . takleh cite kat blog . haha . adeh~ikie-ikie . ada ke tnya camtu, segan eden ha! haha . but pape pun, aku bahagia tengok diorang bahagia . hope, they will be together forever .


[gambar tade kaitan dgn penceritaan ye . ade ikan kaler emas and putih cam albino]


gambar ikan-ikan tu aku tgkap kat kolam MSU . haha . banyak upenye ikan kat citu . lawa-lawa plus comel-comel . sian dorg, tak plak bwk roti ke apa, dorg kerumun jer kitorang yg dtg tepi kolam tu sambil mulut kuncup-kuncup kat permukaan air mintak makanan . sian tgk . pas ni, nak datang bagi makanan lah kat dorg . ermmm~bila duduk tgk ikan-ikan tu, rasa tenang je . hilang semua masalah . errrr~ tapi kalo de kura-kura mesti lagi best . haha . najwa siap bagi cadangan lagi suh tangkap kat tasik shah alam tu, pastu letak kat kolam ikan MSU tu . haha . najwa-najwa . ade je idea die . hehe .



ermm~ok lah u all semua . aku da mengantuk tahap dewa dah ni . mau beradu .



gudnite semua !









p/s : tak tahu kenapa, rindu b sangat-sangat . nak jumpa b, tapi...hmmm . b, syg rindu b . sangat . :(






02 May 2011

MAY is coming !











Assalamualaikum . hye semua !


sorry coz menyepi *haiiz, mcmla ade org nk bace blog aku ni* haha . tapi tak kesah, nak update gak . huhu~ oh ye . sebenarnya aku br je balek dr pahang . huhu . wahhh! jauh tu merantau . mengubat hati yang lara . cheeeewaaah! banyak laaa ko fik ! hehe . takdela . actually, sabtu aritu menghadirkan diri ke majlis pertunangan kawan kami .



cuti 3 hari dimanfaatkan sebaik-baiknya . ke pahang lepas kelas ari jumaat lepas . perrrghh~ jauh sungguh ku rasakan perjalanan . wuttt a tiring day ! but, i really enjoyed . sampai rumah nana betul-betul time maghrib . letih sungguh . lepas je mandi dan makan, terus tak sedarkan diri . tido .



esoknya, gerak ke rumah hani . si comel punya engagement ceremony . wahhhhh! jauh sungguh rumah beliau . diatas bukit lagi . dikawasan ladang kelapa sawit . sampai tersesat-sesat kami . tapi, pergggh! sungguh seronok . aman dan damai . sesampai jer kat rumah hani, da ramai gile org dtg . dah macam kenduri kawen da ghupenyeeee~ haha .


awwww~ ditambah lagi ke"sweet"an cik adik . aku tengok, beliau sungguh gembira . senyuman tak lekang dibibir . walaupun resah dan gelisah menanti keluarga pihak lelaki yang tak sampai-sampai . haha . mereka sampai around kul 2 ptg . perghhh~panas bontot tunggu, sampai rasa cam nak landing atas katil bilik hani tu . haha . oh, dari jauh ku lihat, en.erol [bakal tunang hani] kelam kabut jer . haha . mungkin takut, gementar . hehe . mungkinkah itu perasaan mereka masa tu?? en.erol tiba dgn family dan kawan-kawan dia termasuklah, en.chubby aku . perghhh~sombong betul en.chubby masa kenduri tu . huh .


lepas selesai cincin merisik dan cincin tunang disarung, selesai sudah majlis . aku pun tertidur keletihan *macam aku plak yg bertunang letih mengalahkan org yg bertunang!* haha . sebelum lelap-lelapkan mata, tibe-tibe terfikir . kawan baik en.chubby ni da tunang . bila pulak giliran kami? huhu . macam-macam bermain difikiran . banyak menda yang aku fikirkan . mostly tentang masa depan . tiba-tiba terfikir, en.chubby ade tak terfikir mcm yang aku fikir . memikirkan soal jodoh kami . yelah, kita cuma merancang tapi Allah yang menentukan . tapi kite jugak boleh berusaha, berdoa supaya dipanjangkan jodoh . huhu .


hani + erol




tengok kawan-kawan bertunang, kawen, pregnant . buat aku pun excited jugak nak tempuh kehidupan baru macam dorang suma . hmmm~cuma, masa belum smpai . kadang, terfikir jugak. buahati pengarang jantung aku tu, sudi ke nak kawen dgn aku? yelah, aku ni tak sebaik mana, tak sesempurna mana . walhal, selalu je buat beliau marah . dan lately pun, relationship kitrg seperti ade yang dengki . harap-harap, hubungan kami ni, cepat2 ok semula . yelah, sedih bila tgk hubungan yang b4 ni baik, dan ok jadi rengang . haaaiiihh~ sedih . cuma, aku harap, satu hari nanti, Allah tunjukkan kebenaran atas semua kedengkian manusia . yelah, manusia ni rambut je sama itam, tapi hati lain-lain . kekadang, kite pn takleh nak hidu kebusukan hati orang lain, melainkan Allah tunjuk kat kita . tak mengapa, senyum . insyaAllah hati kan tenang .




huh~ tak baik sungguh rasa mcmtu . tapi, apa boleh buat, kadang-kadang instinct tu ada betulnya jugak kan . Allah tu Maha Adil, DIA tahu sapa yang jujur dan sapa yang tak . DIA jugak tahu sapa yang dianiaya dan menganiaya . biar Allah je yang judge :)




oh btw smlm dpt msg dari mak kata atuk masuk ospital semalam . sedih sebab tak dapat tgk atuk . hope atuk ok . korang suma, doakan lah atuk saya sembuh ea (T______T)




and.... lastly, meet our new family members !
blacky a.k.a TUAH *nama adik bagi, klasik btul*
si kecit yg hitam legam . takde putih langsong! haha.





ok lah , letih dah ni . rasa mengantuk lak . mahu mandi dan tgk tv3 . ekeke .



bye !









p/s : sayang.. hope our relationship will be ok soon . i miss you damn much . miss ur smile, miss ur voice, and miss u so so much . i won't MISS u if i don't LOVE you . but, i really-really love u with all my heart dats y i miss u . cepat-cepat lah ok semula b.