16 December 2011

mata oh mata



Assalamualaikum!



lama rasanya tak mengupdate kan? huhu~maaf la, masa tak mengizinkan ku utk berpoya-poya di blog . sangat busy .




busy apakah? huuuuu~ busy penat buat keje lorrr! hmmphh~ku merasakan minggu ni adelah minggu yang sangat mengantuk . sebabnya, sambil buat keje pun aku boleh nk terlelap . camne tu?? haiih~ so, sabtu dan ahad adelah masa untuk aku berehat tido lerr gamaknya *mmg slalu pun buat* hahaha!




rabu haritu ade 2nd dinner IMS . aku turut serta pegi sana lepas balik keje . perghh~letih dan mengantuknya bukan kepalang dah . sampaikan nak makan pun, xlarat dah . makanan ala-ala kenney rodgers babe! hahaha~nampak menarik, tapi.......bagi aku failed! tatau kenapa rasa dia macamtu . terus terbantut selera aku . grrr~last2 makan spagetti, popia ngan puding je . lol~




artis jemputan masa tu, Kilafairy . errr~aku sebenarnye tak tau pon dia tu menyanyi selama nie . wahahahaha!! but, she's gorgeous that nite! i like her baju kurung . soooo beautiful! kurusnya dia dan kecik je orang nya . ingatkan besa la sangat dia tu . hehe~nasib baik suara sedap! :)




habis je dinner, terus gerak balik . sesampai je rumah, dh macam tak de tenaga langsung . mandi pun ala kadar je, asalkan bersabun . pastu, terus tido loooo! sok kena bangun awal pulak . huuu~




hmm~now kat opis, baru siap keje . mata nie rasa macam nk tertutup je nie weyhh!! isk2.. :(







12 December 2011

aku redha akan pemergiannya..

*raya terakhir*







Assalamualaikum!







maaf sebab lama menyepi . bukan taknak mengupdate, tapi masa tidak mengizinkan . agak busy dan ada perkara yang terjadi sepanjang minggu lepas .








pemergian nenek a.k.a moyang aku telah pergi meninggal kami semua buat selama-lamanya . walaupun pemergiannya telah kami jangka sejak awal lagi, tapi kesedihan tetap terasa . lebih terasa sebab, arwah dulu penah jaga aku dan adik-adik masa sekolah dulu . hmm~








rasa sedih sebab tak dapat jumpa dengan arwah buat kali terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami . bukan aku taknak balik kampung, tapi masa tak mengizinkan . Malam jumaat lepas, lepas balik dari kerja, nenek call dari kampung dan bagitau yang nyang dah meninggal . terkejut, terkedu, tetapi redha . sebab telah dijangka .








arwah meninggal dalam tidur . semua disekeliling tak sedar pun dia pergi . walhal, beberapa minit sebelum beliau pergi, adik baru je bagi dia minum :( sesampai je kat kampung terus tengok jenazah . hurmm~memang tenang wajah arwah . macam tengah tido . bacakan yasin dan sedekah kan al-fatihah . memang aku takboleh nak duduk sebelah jenazah lama-lama . bukan takut, tapi sebak .








kebumikan esok tengahari lepas solat jumaat . hari tu, hari bersejarah buat aku sebab aku firstime tolong mandikan jenazah . Ya Allah, tatau nak cakap macamana feeling aku masa tu . air mata mengalir laju je . cuba tahan, tapi tak boleh . tapi tetap aku kuatkan hati sehingga selesai mandikan arwah . sedih yang teramat .








lepas mandi, session mengkafan kan pulak . haritu jugak firstime aku tengok macamana org mengkafankan jenazah dan aku turut serta buat sama-sama dengan my mom & cousins . lepas selesai kafan, kami sekeluarga dipanggil untuk tengok arwah buat kali terakhir sebelum tutup muka arwah . masa tu, tatau nk cakap macamana, masing2 air mata tak berhenti mengalir . tersangat sedih . yelah, lepas tu dah tak boleh lagi tengok dia . itu adelah kali terakhir sebelum dikebumikan . sorang2 datang cium arwah . kecuali aku . hmmm~aku memang takboleh nak cium sebab air mata tak berhenti-henti . aku taknak disebabkan air mata aku tu akan menyiksa arwah . aku taknak air mata aku jatuh ke pipi arwah . bertambah sedih dan pilu bila muka arwah ditutup dan diikat dan dimasukkan ke dalam keranda untuk dibawa ke masjid untuk solat jenazah . sedih sangat .








cuaca haritu sangat baik . tak panas, tak hujan . segalanya berjalan dengan lancar . selesai semuanya, malam tu ada kenduri tahlil pulak . 3 hari berturut-turut . maklong aku cakap, memang kene buat 3 hari berturut-turut . reason yang maklong aku bgtau is :







1st day : roh arwah datang tengok tempat dia terbujur


2nd day : roh arwah datang tengok tempat dia selalu duduk lalu ikut pintu depan


3rd day : roh arwah datang tengok ahli keluarga ikut pintu belakang








errr~korang pecaya tak?? erm..aku? tatau nak percaya ke tak . huhu~macam-macam . nak lagi, maklong kata sebab tu takleh alihkan dulu tempat dia meninggal tu . sebab dia nak datang tengok . errrr~haiiishh~lepastu kan, yang aku conpius tuh, kenapa eh dorang pasang kemenyan bila ade orang meninggal??? ni paling aku takleh terima! huuuu~







ermmm~masih


terngiang-ngiang suara arwah memanggil kami nak mintak makan


terngiang-ngiang suara arwah mintak sikit apa yang kami makan walaupun dia takleh makan benda tu



teringat lagi bila arwah mintak kami air gas



terngiang-ngiang bunyi kerusi plastik yg ditolak-tolak dijadikan tongkat untuk berjalan *ferrari kata adik2 spupu aku*


teringat bila tiap kali nak balek dari kampung, duit dihulur pada aku









sedih . bila semua tu masih segar didalam ingatan . dan takkan luput dari ingatan .





Al-fatihah untuk nyang ku tersayang...





~Al-fatihah~







p/s : mood tengah swing2~~mcm2 benda dalam pale otak!









































05 December 2011

jangan biarkan aku berdarah



Orang kata ; "PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN"



korang pulak kata apa??



aku pulak kata, ye! "Penantian itu satu penyiksaan"


haiishh~memang aku sangat-sangatlah tak suka dan BENCI bila ade perasaan macamni . segala macam perasaan ade . bengang . marah . sedih . tapi, tu semua aku yang rasa . dia??? ada rasa?



pernah ke dia rasa macamana, bila orang buat macam yang dia buat kat aku sekarang??


pernah ke dia rasa macamananya rasa bila, perasaan dia tak diendahkan??


pernah ke dia rasa macamananya rasa bila rindu pada seseorang??


pernah ke dia rasa macamana perasaan sayang??




aku rasa, semua tu dia xpernah rasa . sebab, aku rasa macam tak diendahkan je . macam aku sorang je yang rindu kat dia . macam aku sorang je yang sayang sangat kat dia . it's almost 5 years bersama, takkan perasaan aku pun dia tak boleh nak faham . macammana aku nak faham dia kalau dia sendiri tak beri aku peluang untuk memahami . dan aku rasa, 5 tahun tu dah cukup untuk dia memahami naluri aku sebagai seorang perempuan . bukan aku mintak apa-apa pun . cuma perhatian dan kasih sayang jer . takkan itu pun tak boleh nak bagi??




aku walaupun se-busy mana pun, mesti akan cari masa untuk mesej dia tanya khabar . sebab, aku taknak dia fikir aku lupakan dia . tapi . dia?? bukan aku tak tau kerja dia macamana, tapi seharusnya dia jugak fikirkan aku kat sini . cukuplah sekadar tanya khabar aku walaupun 1 sms pun dah buat aku rasa gembira . susah sangat ke nak buat aku gembira???




sampai aku rasa, aku dah tak tau nak cakap apa . tak tau nak buat apa . rindu yang teramat, tapi hanya dipandang sepi . aku tak nak luka lama berdarah kembali sebab luka lama pun masih belum terubati . tak nak benda yang sama berulang kembali .



02 December 2011

LELAKI merokok "COOL", PEREMPUAN merokok "COOL" jugak ker????



Orang kata, merokok tu nampak macho


Orang kata, merokok tu nampak cool


Orang kata, merokok tu release tension




tapi...


betul ke MACHO?


betul ke nampak COOL?


betul ke boleh RELEASE TENSION?




merokok dan perokok da sinonim dengan insan yang berjantina LELAKI . tapi kan, macamana pulak kalo perokok tu adelah PEREMPUAN?? Macho jugak ke? Cool jugak ke??




haiiishh~aku pun takde jawapan untuk perempuan yang merokok tu . sebab, aku sememangnya xberapa gemar tengok perempuan merokok . buruk beno rupanya!! huh~paling pelik bila perempuan tu bertudung dan berbaju kurung merokok . tak pun berbaju kurung merokok . haiiishhh~pakaian dah sopan menutup aurat dah, tetibe --> merokok?? wth!!




Wahai perempuan-perempuan diluar sana..


berhenti lah merokok tu sebab ianya tak memberi apa-apa makna pun . hanya merosakkan diri sendiri je . nak-nak lagi, awak tu perempuan . kene la jaga sikit . nanti nak pregnant lagi, takkan nak bagi complication kat baby awak tu pulak kan . haiiishh~beringatlah .




ok lah, nak stat wat keje dah . emo sikit sebab baru tengok perempuan melayu berbaju kurung dan bertudung merokok~




01 December 2011

mood hilang



Harini pegi keje lambat dari biasa . coz pukul 1 baru system kat opis boleh guna . so, pukul 10.30 dah menapak dekat masalam nak naik bas pukul 11.55 . bosan jalan-jalan . akhirnya terlunas sudah craving aku nak makan subway!! hehehehe~




Harini takde mood langsung nak pegi keje or buat keje sebenarnye . hmmm~toksahlah korang tanya kenapa aku takde mood hari ni, sebab jawapan aku sama jer macam dekat entry-entry before ni . sedih .




"bukan mudah untuk kita fahami diri orang lain, dan bukan senang untuk orang lain fahami kita"




ok la, nak start buat keje dah . harini kene balik lewat . bye!





p/s : bukan aku tak cuba untuk memahami, tapi amat sukar untuk ku memahami dirimu . all i need is you . thats all .