12 December 2011

aku redha akan pemergiannya..

*raya terakhir*







Assalamualaikum!







maaf sebab lama menyepi . bukan taknak mengupdate, tapi masa tidak mengizinkan . agak busy dan ada perkara yang terjadi sepanjang minggu lepas .








pemergian nenek a.k.a moyang aku telah pergi meninggal kami semua buat selama-lamanya . walaupun pemergiannya telah kami jangka sejak awal lagi, tapi kesedihan tetap terasa . lebih terasa sebab, arwah dulu penah jaga aku dan adik-adik masa sekolah dulu . hmm~








rasa sedih sebab tak dapat jumpa dengan arwah buat kali terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami . bukan aku taknak balik kampung, tapi masa tak mengizinkan . Malam jumaat lepas, lepas balik dari kerja, nenek call dari kampung dan bagitau yang nyang dah meninggal . terkejut, terkedu, tetapi redha . sebab telah dijangka .








arwah meninggal dalam tidur . semua disekeliling tak sedar pun dia pergi . walhal, beberapa minit sebelum beliau pergi, adik baru je bagi dia minum :( sesampai je kat kampung terus tengok jenazah . hurmm~memang tenang wajah arwah . macam tengah tido . bacakan yasin dan sedekah kan al-fatihah . memang aku takboleh nak duduk sebelah jenazah lama-lama . bukan takut, tapi sebak .








kebumikan esok tengahari lepas solat jumaat . hari tu, hari bersejarah buat aku sebab aku firstime tolong mandikan jenazah . Ya Allah, tatau nak cakap macamana feeling aku masa tu . air mata mengalir laju je . cuba tahan, tapi tak boleh . tapi tetap aku kuatkan hati sehingga selesai mandikan arwah . sedih yang teramat .








lepas mandi, session mengkafan kan pulak . haritu jugak firstime aku tengok macamana org mengkafankan jenazah dan aku turut serta buat sama-sama dengan my mom & cousins . lepas selesai kafan, kami sekeluarga dipanggil untuk tengok arwah buat kali terakhir sebelum tutup muka arwah . masa tu, tatau nk cakap macamana, masing2 air mata tak berhenti mengalir . tersangat sedih . yelah, lepas tu dah tak boleh lagi tengok dia . itu adelah kali terakhir sebelum dikebumikan . sorang2 datang cium arwah . kecuali aku . hmmm~aku memang takboleh nak cium sebab air mata tak berhenti-henti . aku taknak disebabkan air mata aku tu akan menyiksa arwah . aku taknak air mata aku jatuh ke pipi arwah . bertambah sedih dan pilu bila muka arwah ditutup dan diikat dan dimasukkan ke dalam keranda untuk dibawa ke masjid untuk solat jenazah . sedih sangat .








cuaca haritu sangat baik . tak panas, tak hujan . segalanya berjalan dengan lancar . selesai semuanya, malam tu ada kenduri tahlil pulak . 3 hari berturut-turut . maklong aku cakap, memang kene buat 3 hari berturut-turut . reason yang maklong aku bgtau is :







1st day : roh arwah datang tengok tempat dia terbujur


2nd day : roh arwah datang tengok tempat dia selalu duduk lalu ikut pintu depan


3rd day : roh arwah datang tengok ahli keluarga ikut pintu belakang








errr~korang pecaya tak?? erm..aku? tatau nak percaya ke tak . huhu~macam-macam . nak lagi, maklong kata sebab tu takleh alihkan dulu tempat dia meninggal tu . sebab dia nak datang tengok . errrr~haiiishh~lepastu kan, yang aku conpius tuh, kenapa eh dorang pasang kemenyan bila ade orang meninggal??? ni paling aku takleh terima! huuuu~







ermmm~masih


terngiang-ngiang suara arwah memanggil kami nak mintak makan


terngiang-ngiang suara arwah mintak sikit apa yang kami makan walaupun dia takleh makan benda tu



teringat lagi bila arwah mintak kami air gas



terngiang-ngiang bunyi kerusi plastik yg ditolak-tolak dijadikan tongkat untuk berjalan *ferrari kata adik2 spupu aku*


teringat bila tiap kali nak balek dari kampung, duit dihulur pada aku









sedih . bila semua tu masih segar didalam ingatan . dan takkan luput dari ingatan .





Al-fatihah untuk nyang ku tersayang...





~Al-fatihah~







p/s : mood tengah swing2~~mcm2 benda dalam pale otak!









































0 komen anda:

Post a Comment