21 March 2011

10 perkara wanita cari pada lelaki


apa sebenarnya yang sering dicari oleh perempuan yang ada pada lelaki?? pertanyaan yang sering kali bermain difikiran . baik lelaki mahupun perempuan . meh tengok, apa yang mereka mahukan dari seorang yang bergelar lelaki itu . mereka mencari lelaki yang :

1. Mampu menjadi ketua keluarga yang adil tanpa perlu disuruh mahupun dipaksa


haaa! lelaki2 diluar sana . adekah anda ada ciri yang pertama ni? hehe . sebenanrnye, menjadi ketua keluarga bukan 1 perkara yang mudah utk dilaksanakan . tapi, ini yang paling utama . ketua keluarga tu perlu membimbing seisi keluarga dgn baik . hmm~ boleh dikatakan, lelaki yang mampu menjadi ketua keluarga ni, adelah lelaki yang "family man" . keluarga menjadi keutamaannya.

2. Pandai menjaga kebersihan diri, segak, kemas, malah tetap rapi walaupun berjanggut

huhu~ harus laaa kn . sapa yang nk lelaki yang selekeh, sememeh dan pengotor . kn kn kn?? haa~nak tau lelaki tu pembersih ke tak, tgk kuku dia . panjang ke, pendek? bersih ke kotor? haha . itu adelah cara paling mudah utk tau die seorang yg pembersih atau pun tak . kalau sekecil2 kuku tu pun tak reti nk jaga, macamane nk jaga 1 badan?? renung-renungkan lah ye .

3. Mempunyai kerja tetap dengan kewangan yang stabil . apa yang penting, dia mampu menyara pasangan dan seluruh keluarga apabila mendirikan rumahtangga nanti

duit penting woooo dizaman skarang ni . no money no talk laaaa beb! haha . cari lelaki yang dah ada kerja tetap, supaya takde la nanti terumbang ambing jer family . sebab, nak besarkan anak2 nanti nk kene gune duit yang banyak . nafkah lg . haha . sebab kalo tak, nk bg anak2 bini makan apa kalau takde duit? huhu . so, fikir2kan la ye . cari kerja yang sesuai dan kerja mestilah halal . itu yang utama .

4. penuh dengan sense of humour dan bijak . sentiasa buat pasangan ketawa serta tahu bagaimana hendak mengambil hati pasangannya


ohhh . lelaki yang kelakar sering kali menjadi pilihan kebanyakkan wanita . u noe y? sebab, kalau bagi saya, lelaki yang kelakar ni, buat hidup saya jadi lebih ceria . dapat mengurangkan kesedihan . lagipun, senyum dan ketawa boleh jd awet muda tau! huhu.

5. sihat dan tidak berpenyakit


ada sesapa yang nk org yang berpenyakit??? huhu . mestilah tak ada kan? so, lelaki tu perlulah menjaga kesihatannya utk diri sendiri dan orang lain juga . bila sihat badan, sihat juga akal fikiran . tapi, utk sihat, perlulah menjaga kebersihan :)

6. sedia menjadi 'crying shoulder' bagi kaum wanita, malah sedia memperuntukkan waktu hanya untuk mendengar masalah pasangannya.

wahhh! part ni mmg saya suka sgt2 . suka sgt bila kite ada sumone yang sudi utk mendengar segala luahan hati dan perasaan, dan sudi utk berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama . sekalipun busy gila, take a minute laa utk mendengar masalah pasangan korg tu . wanita ni perlukan belaian kasih syg . perlukan perhatian lebih .

7. mempunyai tarikan seksual yang tinggi

errrr~ ini, anda sendiri yang boleh menilainya . sebab masing2 mempunyai citarasa yang berbeza, tertarik pada sesuatu yang berbeza . so, nilaikan sendiri pasangan korg tu ade daya tarikan seksual ataupun tak? kalo takde, cari lain . hahaha.

8. tidak perlu terlalu kacak, tapi jugak tidak terlalu hodoh . cukup kalau dia mampu menjadi seorang yang charming

huhu. sapa yang tak suka lelaki yang charming?? huhu . erm..bagi saya, takperlu pun lelaki kacak, cukup sekadar nya . orang kata, sedap mata memandang . asalkan, setia . haha .

9. berfikiran matang, boleh membimbing, berpandangan jauh dan bijak merencana hidup . bukannya bersifat keanak-anakan mcm remaja belasan tahun

ya! saya suka lelaki yang matang . bukan tak boleh nk bermanja mcm budak2 kecik, boleh, tapi berpada2 . perlu kena pada masa yang sesuai . sebab, kalo macam budak2 sangat, seorg perempuan tu akan mudah rasa bosan dan annoying gile . hmm . tp bila seorang lelaki tu matang, dia akan nmpak lebih cool . die gak perlulah ade misi dan visi dlm hidup dia . itu barulah dinamakan bijak merencana hidup!

10 . berjiwa besar dan tidak takut dalam memikul tanggungjawab


berani . itu yang mampu ku katakan . haha . sapa jer yang mahu laki2 yang lembik? ada?? kalau lembik, camane nk protect family? huhu .






ok . dah check ciri2 diatas . ada?? kalau tak ada, boleh teruskan usaha anda utk mencari ye . semoga berjaya!


0 komen anda:

Post a Comment