24 June 2012

Dia yang tak pernah kenal erti penat~



Dulu..
Disaat aku hilang semangat untuk belajar,
Dia datang memberikan ku semangat,
Dia datang mengajar ku,
Tak pernah bosan, tak pernah jemu.


Dulu,
Disaat aku malas untuk belajar,
Dia datang memberi ku nasihat,
Dia datang memberi ku kekuatan,
Senyuman tak pernah lekang di bibirnya,
Walaupun aku sering degil dan nakal,
Tapi dia tak pernah marah, tak pernah membiarkan.


teringat kata-kata terakhir darinya :


"Fikriyyah, cikgu dah ajar awak semua skill2 yang cikgu ada, addmath, math, fizik dan kimia. lepas ni, awak jangan malas nak ulangkaji buat kali terakhir sebelum masuk exam dan jangan nakal-nakal lagi. doa banyak-banyak. cikgu doakan awak berjaya. nanti bila dah jadi doctor, boleh la cikgu dtg jumpa awak. cikgu bangga sebab cikgu dpt lahirkan seorang doctor...."


setiap hari, 
walaupun malas, ku gagahi jua pergi ke kelas utk belajar bersama dia.
walaupun kadang otak ini malas nak berfungsi,
Dia ada membantu, mengajar,
Dia gigih, dia sentiasa penuh dengan semangat dan tenaga,
Walaupun letih, senyuman tetap diukir.


Tapi kini,
Cikgu dah tak perlu risau lagi.
Cikgu dah boleh berehat,
Allah bagi cikgu berehat pula,
bukan sementara....
tapi selamanya.......
Allah tahu cikgu dah penat,
Allah tahu sudah sampai masanya utk kami berdikari pula,
Allah sayang kan cikgu,
Semoga cikgu tenang berehat disana dan diletakkan bersama-sama orang yang soleh.



*dia cikgu yg paling baik yang pernah aku jumpa. dia cikgu yang paling penuh dengan kesabaran yang pernah aku kenal. dia cikgu yang paling ceria setiap masa tak kira penat atau letih.




cikgu din...
maaf,saya belum jadi doctor lagi. 
sebelum saya sempat jadi doctor, cikgu dah pergi..
buat selama-lamanya....












mode : Rindu cikgu din. T_T








03 June 2012

cantik dan sihat . mana lebih utama??



Ingin cantik?

BOLEH!

Ingin Sihat?

BOLEH JUGA!


Tapi.....

TAK ADA MASA NAK EXCERCISE??
MALAS NAK EXCERCISE??

boleh!

hanya dengan...



Ia memberikan korang

70% KESIHATAN + 30% KECANTIKAN.


Sihat dalaman memberikan kesan kecantikan diluar~ ^__^

TAK PERLU PEGI EXCERCISE
TAK PERLU BERDIET
TAK PERLU MAKAN PIL-PIL KURUS
TAK PERLU LAGI KATA "TAK ADA MASA"

sebab, boleh pakai PB ni bila-bila masa je . boleh pakai masa nak pergi kerja jugak . senang kan? yang ni kalau tak senang, tatau lah nak kata apa kan . sebab bagi aku, ni la solution terbaik utk org2 yang malas nk pegi bersenam . juga bagus utk org2 yang mcm aku . MALAS BERSENAM! haha~~sebab, bila pakai PB = macam korang pergi excercise juga . senang kan??

ok . next entry nak kongsi ngan korang ape tu PB ni . how its work with ur body . :)

ni cuma entry panas-panas kan badan jer dulu . hehehe~


ok lah . harus tidur . esok kerja .





27 May 2012

gemuk tu sehat? kurus takde penyakit?? sure ke??

Assalamualaikum kawan-kawan di alam maya . hows ur life?? hope u have a great life . heuheuehuehu~~

sering kali persoalan ini ditanya kepada saya :

"macamana awak boleh dapat badan yang kurus ya? saya makan sikit je dah naik badan"
"macamana awak maintainkan badan awak ye?"
"eihh! jeles la tengok awak ni kurus tak gemuk-gemuk pun!"


errrkk?! my answer is, saya pun tak tahu kenapa saya tak boleh gemuk even makan banyak . dan sering kali jawapan yang saya berikan tu akan buat sesiapa sahaja bengang . huh~ kasihan kan saya?? gemuk salah, kurus pun salah . so, nak body macamana lagi?


orang pernah kata : "takpa gemuk, asalkan sihat"


Masalahnya, betul ke orang yang gemuk tu sihat? dan pasti ker orang yang kurus tu takda penyakit?? haaa~~terfikir tak?? sebab, eventhough aku kurus pun, aku tak rasa aku sihat sepenuhnya . sumtimes, aku rasa badan aku kurang selesa, sakit-sakit jugak . aku teringin nak badan macam 


atau macam



korang lak camne?? mesti korang nak badan camtu jugak kan? aku yakin 100% yang semua orang nak badan macam tu . huhu~ korang rasa aku yang kurus ni boleh tak dapat badan cam tu? haha~mula-mula aku rasa macam tak boleh, tapi aku yakin ada caranya . bagi aku, kurus tak mengapa asalkan sihat dan ada figure . bukan kurus tapi flat!! means takde depan dan belakang . huh~


Oh, bercerita pasal figure badan or shape badan ni kan, actually badan perempuan ni ada beberapa jenis :


1) BANANA - ni kategori takde shape la . atau lebih kurang maksudnya flat body.
2) APPLE - Figure yang ni macam pelik sikit sebab atas besar tapi bawah kecil . 
3) PEAR - yang ni pulak dah macam nak ke arah perfect body la jugak but tak seimbang . coz atas pulak kecil and bawah besar.
4) HOURGLASS - hah! yang ni baru dikatakan perfect body!! sebab kedua2 bahagian seimbang dan sekata. heuhuehue~



which one is ur body shape?? haa~~fikir-fikir! tapi aku yakin 100% semua orang mesti nak body yg HOURGLASS tu kan kan kan?? aset tuuu beb! 


hakhakhak!!


korang rasa la kan, boleh tak korang dapat body yang macam tu?? jawapan aku, boleh!! ye, boleh! nak tahu macamana? aku boleh bagi jawapannya . aku jugak boleh ajar korang cara nak dapatkan body macamtu . errr~~yang gemuk atau berisi jugak boleh tau! jangan ingat anda gemuk anda tak gorgeouusss hokeh!! u can be gorgeousssss if u noe how . hihi~




ok, kita stop cakap pasal figure body . berbalik pada tajuk asal . GEMUK TU SIHAT KE? YANG KURUS PULA, PASTI KE TAK ADA PENYAKIT?? haaa!! wahai wanita2 yang kurus diluar sana, jangan ingat anda kurus, anda dah cukup sehat tau . sebab, org kurus ni la selalu jugak bermasalah . 


contohnya :


1) OSTEOPOROSIS 
ni penyakit tulang . dalam badan kita ada 1 hormon nama dia Estrogen . estrogen ni fungsi dia mempengaruhi pembantukan tulang . kalau tak ada estrogen, kita punya tulang mudah menjadi rapuh . jangan ingat penyakit osteoporosis ni tak merbahaya tau! ia sangat merbahaya sebab, even jatuh sikit pun, dah boleh patah . kalau tulang belakang yang patah?? hmm~mati la jawabnya kan? so, selalunya orang yang kurus ni cenderung kepada kekurangan estrogen sebab BMI yang kurang.

2) DIABETES 
hah! ingat orang gemuk jer ke ade diabetes? orang kurus pon boleh dapat jugak tau!! macam mana?? haa~bila orang yang kurus ni, biasanya bila dah rasa badan tu dah kurus, dia akan jadi malas utk bersukan, malas nak pegi checkup kesihatan . so, bila macam nie, biasanya mereka akan cenderung pade penyimpanan lemak2 pada tempat lain . contohnya dalam organ dalaman mcm jantung dan hati . sebab itu juga lah orang2 ini akan cenderung pada heart attack dan diabetes.

3) REPRODUCTION PROBLEMS 
haa~ yang ini jugak amat menakutkan juga. dimana, org yang terlalu kurus ni cenderung kepada mengalami masalah menstrual yang tak menentu atau terhenti . juga diorang akan mengalami keguguran pada trimester pertama . bahaya-bahaya!!





hah~itu baru utk orang yang kurus, kalau yang gemuk?? apatah lagi kan? mesti lagi banyak complication . 





ingat ye wanita-wanita diluar sana yang gorgeous2, yang cun melecun tu, jagalah nikmat dan kecantikan yang Allah telah berikan kepada kita .


kerana~~ dirimu begitu berharga!