24 June 2012

Dia yang tak pernah kenal erti penat~



Dulu..
Disaat aku hilang semangat untuk belajar,
Dia datang memberikan ku semangat,
Dia datang mengajar ku,
Tak pernah bosan, tak pernah jemu.


Dulu,
Disaat aku malas untuk belajar,
Dia datang memberi ku nasihat,
Dia datang memberi ku kekuatan,
Senyuman tak pernah lekang di bibirnya,
Walaupun aku sering degil dan nakal,
Tapi dia tak pernah marah, tak pernah membiarkan.


teringat kata-kata terakhir darinya :


"Fikriyyah, cikgu dah ajar awak semua skill2 yang cikgu ada, addmath, math, fizik dan kimia. lepas ni, awak jangan malas nak ulangkaji buat kali terakhir sebelum masuk exam dan jangan nakal-nakal lagi. doa banyak-banyak. cikgu doakan awak berjaya. nanti bila dah jadi doctor, boleh la cikgu dtg jumpa awak. cikgu bangga sebab cikgu dpt lahirkan seorang doctor...."


setiap hari, 
walaupun malas, ku gagahi jua pergi ke kelas utk belajar bersama dia.
walaupun kadang otak ini malas nak berfungsi,
Dia ada membantu, mengajar,
Dia gigih, dia sentiasa penuh dengan semangat dan tenaga,
Walaupun letih, senyuman tetap diukir.


Tapi kini,
Cikgu dah tak perlu risau lagi.
Cikgu dah boleh berehat,
Allah bagi cikgu berehat pula,
bukan sementara....
tapi selamanya.......
Allah tahu cikgu dah penat,
Allah tahu sudah sampai masanya utk kami berdikari pula,
Allah sayang kan cikgu,
Semoga cikgu tenang berehat disana dan diletakkan bersama-sama orang yang soleh.



*dia cikgu yg paling baik yang pernah aku jumpa. dia cikgu yang paling penuh dengan kesabaran yang pernah aku kenal. dia cikgu yang paling ceria setiap masa tak kira penat atau letih.




cikgu din...
maaf,saya belum jadi doctor lagi. 
sebelum saya sempat jadi doctor, cikgu dah pergi..
buat selama-lamanya....












mode : Rindu cikgu din. T_T








2 komen anda:

A L said...

fik,,, terbaca blog awk.. ckgu din dah meninggal?? sakit ap? innalillahi wainnailaihiraji'un.. moga arwah ditempatkan di kalangan org y beriman..

LAVENDERIES SHAYLEE said...

Haah alyaa..klo xsilap kite, dia sesak nafas haritu..suddenly.. :(

Post a Comment