21 February 2012

biar miskin, asalkan bergaya??


Hi people around the world . Hope semua sihat-sihat belaka :)



huh, harini hari kedua aku di opis tanpa berbuat apa-apa . mengantuk, bosan suma tu jangan cakap lah . since pagi tadi aku tak henti tengok jam . now, pun sama . bila lah nak dapat password baru ni . lambat betul (T__T) ye, salah aku jugak, sapa suruh terlupa password yang diri sendiri create haritu *sigh* tengokkk?! sekarang sapa yang susah?? awakkkk jugak . heh~ rasa nak ketuk kepala sendiri je sebab boleh pulak lupa password sendiri . ini la akibatnya banyak tido diwaktu weekend haritu . haiihh~



tak pelah, nak buat macamne kan . benda dah nak jadi *pujuk hati sendiri, padahal tengah bosan* grrrr~



ok lah, berbalik pada tajuk . sorry, intro terpanjang pulak . huhu . ok, apa pendapat korang tentang barang branded?? perlu ke? i mean, perlu ke setiap kali nak beli barang, kene cari barang-barang yang branded je?? oh, mungkin bagi mereka yang dilahirkan di dalam keluarga yang berada, branded itu satu kemestian . atau dalam kata lain, kalau tak branded tak sah . hahaha . siapa rasa pendapat aku tu betul?? *sila angkat tangan separuh!" hehe.



Bagi aku, untuk memiliki atau membeli barang branded ni, most of us mesti ada angan-angan tu kan? *ni untuk orang yang sederhana macam aku* . tak dinafikan laaa, sebab aku pun macam tu jugak . cita-cita dan keinginan yang tinggi . walaupun dapat 1 barang pun jadilah . kan kan kan??



nak beli barang-barang branded ni, haruslah bijak . nowadays, banyak gila barang-barang fake . orang kedai tu kata beriya je itu semua original lah bagai . tapi rupanya bukan . huh~keji rasa nya bila tertipu . apa tak nya, dah la mahal, bukan original pulak tu . ade tak korang rasa macam nak mencarut bila terkena macam nie?? haaaa!



Pada aku, barang branded ni aku akan beli untuk certain things jer yang aku rasa kan patut . apa yang certain things tu?? haaa~ ni kalau aku lah ye . sebab tengah bercerita pasal diri sendiri kan? hehehe . ok . teruskan . hmm , kalau aku, untuk barang branded + original tu adelah untuk benda-benda yang aku nak guna lama . contoh nya :


1. JEANS


haaa~yang ni memang aku akui, aku lebih suka beli yang branded berbanding yang biasa . sebab?? - sebabnya, aku nak pakai lama . aku rasa berpatutan untuk orang macam aku yang tak gemuk-gemuk . so, mudah untuk aku pakai lama jeans tu . haha~dan untuk membelinya, adelah sangat parah aku rasa . sebab tu jugak aku hanya akan beli bila aku rasa perlu SAHAJA . bukan kata malas je, tapi sebenarnye, tak suka fitting jeans (-__-!!) . untuk jeans je perlu makan belanja yang banyak jugak . sehelai jeans je dah >RM150 . paling mahal jeans yang aku penah beli, RM250 . haiishh~kopakk .



2. LAPTOP/HANDPHONE/GADGET-GADGET LAIN


haaa~yang ni pun penting jugak nie . macam aku, suka duduk depan lappy lama-lama . kalau sehari ade 24 jam, kalau boleh 24 jam jugak depan tu . haha~ takde laa . gila apa? kau tak solat, makan, berehat ke pun kan . huhu . cakap pasal lappy, haruslah pilih yang betul-betul berkualiti dan kalau aku, NO secondhand . sebab apa?? - sebab, kite tak tau orang yang sebelum tu guna macamne or mungkin dah rosak-rosak then dia jual, kite beli . tak ke rugi? bila beli, tak leh guna pulak . nak kene repair semula pulak . tu dah membuang duit nama nya . so, biarlah kita keluarkan duit yang banyak tu SEKALI je dari berkali-kali . same goes to handphone . now banyak sangat dah enset-enset yang nampak ori, tapi dlm dah ditukar-tukar . ni lagi sadis . sebab tu, aku sarankan sape-sape nak beli enset, pegila dekat kedai dia . i mean, kalau nak beli samsung, pegila kedai samsung yang berdaftar . jangan simply beli dekat booth-booth ke . sebab selalunya, dorang tipu je!! *cakap berdasarkan pengalaman* oh, saye baru beli fon samsung S plus . *wink wink*



3. JAM


jam tangan pun antara yang aku rasa aku nak pakai lama, dan selalunya aku akan beli yang berjenama *bila ada duit* . sebab, berbanding jam yang seploh hinggit kat kedai-kedai tepi mall tu, jam berjenama lebih tahan lama dan tahan lasak . jam seploh hengget tu pulak kadang-kadang tak sampai sebulan dah rosak . pastu, beli lain . kalau sebulan 2-3 kali beli jam seploh lima belas hengget, tak ker macam dah boleh beli 1 jam mahal??? haaaaa~baik la beli terus yang branded kan? jimat pun jimat . tahan lama pulak tu . :) bukan la aku ni tak pernah beli jam seploh hengget, pernah! selalu gak . sebab, kadang-kadang tah mana-mana jam aku letak, lupa . nak pulak tangan ni tak boleh kosong, rasa cam togel pulak . haha . so, kene laaaa jugak beli yang murah dulu then baru beli yang mahal . :)



haaa~korang pulak camne? tu aku punye barang-barang yang aku rasa aku memang kene beli yang ori dan berkuality . huhu . kalau handbag pulak korang rasa camne? kalau aku, as long as that handbag cantik, kemas aku akan beli . tak kira lah murah ke mahal ke . tapi sebenarnye, kalau barang murah sekalipun, kalau kita cermat mengunakannye, akan tahan lama jugak . ye tak? :) tapi, tak dinafikan la aku jugak teringin handbag yang branded . sebenarnye paling-paling aku nak, handbag from CarloRino. tak tahu kenapa suka sangat . sanggup tu kumpul duit . dah berhasrat, bila kerja nanti nak beli 1 . huahuahua~duit dah ade, masanya pulak tak ada *sigh* oh, nak tanya, apa perasaan korang kalau ada orang hadiahkan korang suatu benda yang bagi korang sangat mahal harga nya??? serba salah nak terima? or terima je??



kalau kasut pulak macamana? yelah, certain people suka kumpul kasut banyak-banyak . heels ke, palm shoes ke . kalau aku, aku lebih suka cari yang murah yang takde la murah sangat untuk sandals or slipper biasa . sebab sandals tu boleh pakai hari-hari, lasak-lasak . but for me, for heels i prefer yang berkualiti . sebab, heels nie aku jarang sangat pakai, so, bila beli yang mahal tu, aku rasa berbaloi la gak sebab lambat rosak nya . haha~tapi tak bermakna aku tak beli yang murah tau . aku akan beli, as long as kasut/heels/wedges tu nampak mahal dimata . aku akan beli . hihihi~



kalau baju pulak, aku rasa tak perlu kot beli mahal-mahal, as long as cantik, kain dia best, dan cantik jahitan nya, aku akan beli . huhu~Sebab tak berbaloi aku rasa kalau beli contohnya t-shirt yang harga cecah 30-50 hinggit cuma untuk sehelai t-shirt yang kosong, or terlalu simple . tu memang paling aku takleh terima . haha~cantik memang cantik, tapi harga, not worth it . huhu . tapi tu cuma lah pendapat aku je . setiap orang lain citarasa :)



but for me, most important thing is NO SECONDHAND thingy~dan apa yang penting jugak, kalau nak beli barang-barang branded ni, biarlah ikut kemampuan masing-masing . jangan sampai sebab nak beli sangat barang branded tu, kau terpaksa ikat perut pulak . tak patut . tak patut . orang kata, biarlah sekadar yang mampu . tapi ade juga orang kata, biar miskin asalkan bergaya . huh~ni kategori parah . haha . ingat, harta ni semua dunia je, tak boleh bawak bila mati . takkan nak bawak masuk kubur beg tangan GUCCI, COACH, LV korang tu dalam kubur kan? kan? kan? or bawak kereta besar, rumah besar korang dalam tu kan? jadi, berfikir dulu sebelum beli . adekah ia KEPERLUAN atau KEHENDAK? (^__^)V peace!



5 komen anda:

SOFINAZ said...

pentipooo ... ak beli jam 10 hengget lagi lama bertahan dari jam yg ak bli mahal3 ... pentipooo, pentipooo lagi ..

ohhh yeaa , skrg ni memang ak pakai beg Carlo Rino ... original lagi .. hadiah hantaran .. bhahahahaaa

*sile jeles*

LAVENDERIES SHAYLEE said...

bengong punye sopinat! hahaha~tp aku kadang mengakui nye jugak..jam seploh hengget kadang tahan lama gak..hahaha!!

lol~siot..xpe..tu sbb ko dh kawen beb..nasib sbb de hantaran..hahahaha!! xpe..nnt aku kawen aku nak minx CarloRino gak..!!! tak pon coach ke..xpon paling mahal LV~ *kopak bakal laki aku* huahauhauahua~

SOFINAZ said...

hahhaaaa ... make sure bukan brand uptown .. sebab bile org dah bagi ko kene ambik, tak boleh kompelen ... pasrah je laaaaa ... agagagagaaa

Musafir Melayu said...

Assalamualaikum,

I prefer original because of the quality and the fact that those fakers are using the hard work of others to gain money.

As for branded (everything is branded, but of course you are referring to the high-class brands right?), well, only if I really need them.

But sometimes, money restriction causes you to be content with second hand or fake items...not because we want the brands, but just that we need the items.

LAVENDERIES SHAYLEE said...

yuppps! betul tuuu arep! hehehe~

Post a Comment