08 April 2011

benci bila terpaksa ucapkan SELAMAT TINGGAL





selamat malam semua!

ok, ni nk smbung entry tgahari tadi . hmmm . agak ke"BUSY"an sikit tadi . huhu . ermmm~ actually mood aku arini tak berapa nak ok . sedih sangat . rasa kehilangan pun ada . sebab tu aku tak suka bila aku terpaksa ucapkan SELAMAT TINGGAL dekat orang2 yang aku sayang, orang2 yang aku rapat T_____T


hari ni, aku terpaksa jugak ucapkan Selamat Tinggal dekat quraisya a.k.a merangkat rumate aku kat umah sewa tu pulang ke Sarawak utk selama-lama nya . apa tak nye, sejak akhir tahun lepas, kitorang dah mula rapat . sedih sangat-sangat . oh ya, aku ada sumthing nak dedicate kat member aku yang sorang ni . kalau dia baca blog aku ni, hope die tau aku rindu dan sayang die .



kehadapan sahabatku yang tersayang,

aku rasa, terlalu singkat masa sepanjang kita kat umah sewa tu kan . aku mintak maaf kalau selama ni, aku banyak menyusahkan kau, sakitkan hati kau, pinjam barang-barang kau, or termakan makanan kau ke . halalkan makan minum aku ea sepanjang kite sama-sama kat cini . ermm.. beb . pas ni, dah takde dah orang yang nak basuhkan baju-baju aku . dulu kite slalu gilir-gilir cuci baju kite sama-sama kan? pasni, tade dah orang nak gaduh-gaduh dgn aku kat bilik tu lagi . tade sapa dah yang nk dengar luahan-luahan hati aku kalau aku sedih ke, gembira ke . sebab dulu, aku slalu je kan share dgn kau, even aku gaduh dgn danial or happy ke dgn danial mesti aku story kat kau kan . pasni, tade da sape nak tolong urutkan aku bila aku sakit pinggang sangat-sangat . kau je yang slalu tolong urutkan aku . pasni, tade da sapa nak temankan aku makan kat kedai ane bawah tu kalau takde sapa-sapa kat umah . pasni tade sapa dah nak borak-borak ngan aku tengah-tengah malam, gelak-gelak . pasni tade da dengar suare kau terkekek-kekek bile feeling-feeling tgk cite korea yang sampai buat aku pun nak join kau tgk .

beb .sorry sangat-sangat sebab tak dpt nak spend time dgn kau sepanjang minggu ni . aku bukan taknak, tapi sebenarnye aku sedih . aku takot aku xleh kawal sedih tu . nanti aku buat kau sedih lak beb . and sorry jugak sebab tak dapat temankan kau malam-malam sebab aku dah tertido awal sebab keletihan kelas intensif 8-5 ptg hari-hari . bertambah sedih bila aku tengok bilik kite makin lama, makin kosong barang-barang kau . nak-nak lagi, bila kau da buang almari baju kau tu beb . sedih sangat . tapi aku diam je . sorry ea beb, kalau aku banyak sangat sakitkan hati kau, yelah, aku kan suke sangat buli kau kn? erm.. aku saje gurau-gurau je sebenarnye . sebab aku sayang kau beb . aku tak penah kot ade member cam kau . seriously . aku takleh da dapat member cam kau ni .

pagi tadi, kalau kau perasan, aku tak banyak sangat cakap ngan kau kn? sorry ea beb . sebab aku takot, aku nangis . masa anta kau kat airport tadi, aku jalan lambat pun sebab aku sebenarnye taknak bagi kau pegi . tapi, terpaksa kn? family kau kat sana lagipun . erm . beb . aku tahan dari nangis mase kat airport tu . tapi bile kau cium pipi aku before kau masuk, air mata aku ngalir gak walaupun aku cuba tahan seboleh-bolehnya sebab aku taknak kau sedih . kat kelas tadi pun, aku cam takleh nak concentrate . aku still sedih . bila aku balek, aku tengok bilik tu kosong jer kat bahagian kau . aku nangis . akhirnya, aku nangis . aku tak suka bile mende-mende camni jadi . nak-nak lagi, aku dah mula rapat dan kenal hati budi kau . aku tak dapat nak tahan lagi, nana datang pujuk aku, tapi die plak join aku nangis beb . sunyi kitrg bile kau dah tak de ni . lepas ni, no reason dah aku nak stay kat umah sewa waktu-waktu cuti . sebab biasanya aku tak balek pun sebab aku nk temankan kau . aku taknak kau dok umah tu sorang-sorang .


ermm . qusya . arini, aku ngan nana dua-dua tak dapat nak tahan sedih . nana tghari terus balek pahang . aku, pun balek rumah mak aku gak . sebab aku dah tak tahan da duk sorang-sorang dalam bilik tu . teringat kau . siyes gile . dah la ko tinggalkan bantal ngan tilam kau . bile aku tgk, aku teringat kau . aku nangis . hmmm . beb, kalau kau free-free, dtg la cini lagi ek . nanti time viva, kalau kau datang sini, jangan lupa jumpe kitrg tau . erm..beb, kau kat sana tu, jangan lupa kitrg kat sini, jangan la lost contact terus . kitrg sentiasa rindu kau beb . aku rasa sunyi sangat bile kau da balek ni chey . yela, dah tak dgr suara kau gelak-gelak lagi . hmmmm~ beb.. aku sunyi . hari tu danial dah balek perak tinggalkan aku kat cini, ni kau plak tinggalkan aku kat cini . sume org nak tinggalkan kan aku kat sini .

aku sayang kau . aku rindu kau . u r my best buddy chey! love u so much my dear fren.. hope, can see u again . take care babe . T_____T




ni last kite makan sama-sama . kau belanja kitorang semua . thanks beb


ni masa kat depan pintu masuk . time ni semua br lepas nangis




ok . sorry ye kepada readers diluar sana . sorry, mood aku sedih jer arini . aku da kehilangan seorang kawan yang baik sangat-sangat . so, mood aku down gila . maaf .








minggu yang sangat sibuk !





Assalamualaikum sebagai pembuka bicara hari ni..

sorry for the silence mode . tersangat-sangat buzy lately plus sooo many things happened 2-3 days ago . eventhough theres happy things happen, but theres more sad things than happy . Aku nak story sepantas kilat je ni . menempuh hari-hari yang down .


[post for sepanjang seminggu yang buzy]


this week aku start LI *latihan industry = praktikal* . Theres intensif class plus works in HTAR *hospital tengku ampuan rahimah* . everyday 8am till 5pm never miss . arrrghhh~soooo tired . still tengah nak addapt dgn situation sekarang yang kene bangun pagi-pagi, dgr lecture plus bangun pagi-pagi dh kene terpacak depan ospital . T_____T


last wednesday was my first day posting at HTAR . very exciting . before this, practical as a medical lab tech, but now, observing patients in wards like a doctor do . its kinda like, WOW! very exciting . tapi, biasa lah, "ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari" . tunggu punya tunggu doc yg shud be incharge kitorang, kul 9.30 pagi br sampai . then, yang paling panas hati nye, doc tu siap bleh tanya apa yang kitrg kene buat kat HTAR tu and he oso dunno wut we will gonna do there? . demn! its like, wut the fish!! permainan apakah ini? but then, doc mahdi tu divide kitrg into small groups which will go to different department . aku dapat department surgery . waaa~ mcm best jer . but then, dh bagi doc yang kene incharge ktrg tu, kitrg terus la gerak pegi wad yang doc Mahdi bagi . buat history taking bbrp patients, then join senior buat bed side teaching dgn sorang doc pakar . mak aihhhh~ 2 jam dgr diorg bedside teaching sambil berdiri okeh . macam nak tercabot kepala lutut den ni haaa . suffer gila . huhu . but, tetap tabah . after that, kitorg kene pegi IMS center kat bukit tinggi tu tuk dgr ade lecture daripda doc Omar . then, kul 5 terus gerak balek . tired gile babeng . aku lagi rela buat praktikal macam time diploma dulu kat lab . huh~


penat sehari suntuk kat hospital tu, balek2 terus dah terbongkang je . tido mcm tak sedar dunia . memang lately aku asik tido awal jer . then, keesokkan hari nya, pagi-pagi lagi tiekay dah call . agak terkejot gak la bila tiekay cakap ayah banie yang br lepas buat bypass surgery meninggal pg tu . baru je bbrp minit . sangat terkejot dan terkedu . sebab, mmg baru planning nak ziarah arwah pakcik razak tu . tapi Allah lebih sygkan dia . the whole day, aku dgn imah ponteng praktical . terus kitrang bergegas ke rumah banie . sampai-sampai je, xlama lepastu, jenazah sampai . then, solat jenazah then terus ikot gerak g kubur . perghhh~firstime aku tengok kubur digali guna jentera . dan firstime jugak, aku tgk mayat diletakkan dalam 1 keranda kayu . then timbus guna jentera jugak . huh~ terbaik laa . cepat dan smooth jer perjalanan pengkebumian tu . lepas tok imam baca talkin semua, dah doa-doa, kitrang terus gerak balik . ini sebab, kitrang ade agenda lain pulak yang perlu diselesaikan . iaitu, hantar barang qusya untuk di Pos ke Sarawak .


Sampai je rumah, around kul 2 lebih . siap-siap . then terus gerak bawak barang-barang tu pegi post office kat Glenmarie tu . dah pegi, tanya-tanya kat org post Office tu mcamana dgn harga nak shipping barang-barang tu . sebab nak post dalam 80 kg ++ . then, orang tu cakap kalo 80 kg je dah aroung RM1000 ++ . WOW!! gile mahal . tak puasti, terus gerak plak pegi post office besar Shah Alam . sesampai je dah tutup . tanya kakak kaunter kat citu, kalo nak post barang lebih 80 kg macamna . mengeciwakan jugak, sebab akak tu ckp if lebih dari 10 kg, kene buat pos laju gak . huh~mahal siotttt . fikir dan fikir, tergerak hati nak try post barang guna DHL or CityLink je . tanya la kat akk kaunter tu, kat mana DHL . then, she said dkt baru 3 . kitrg terus gerak g batu 3 . jumpa . tapi, keciwa lagi sekali sebab, barang2 takleh anta kat ctu, kene pegi anta kat pejabat DHL yang dkt glenmarie tu . arggggggggggh! dah rasa cam nak carut-carut je sebab baru je lepas pegi glenmarie . siot . kene la patah balek . cari-cari, jumpa .


sampai je kat DHL, terus tanya harga shipping . kira punye kira, 80 kg ++ , RM600 ++ . much better than pejabat pos tadi tu . agak lama jugak kat DHL sebab nak decide either nak hantar semua barang or tak . pastu timbang berat barang-barang sebab decide nak hantar just 50 kg je . kat situ jugak punggah-punggah barang utk kurangkan berat dan sbgnye . Akhirnya, kami berjaya capai 48 kg ++ . dh la berat kotak DHL tu je dh 10 kg . sabar jer lahhhh~huh~ total RM440.80 .

pe nama mende alah ni ek?


mende kuning ni la yang ankat barang qusya tu




dah settle semua, terus gerak balek rumah . sebab malam tu planning nak pegi kenduri tahlil kat rumah banie lepas isyak .


lepas balek kenduri dlm kul 11 lebih, kitorang dh keletihan yang teramat sangat . tapi, pukul 3 pagi dah nak kena bangun tuk pegi hantar qusya g KLIA lak . tapi cam bese la, kata kul 3, kul 4 baru bangun . kul 5 pagi tadi barulah kitorang gerak pegi KLIA . Mood sedih pun bermula .


ok . letih . sambung next chapter lah . panjang sangat lak cerita aku . huhu .