Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

30 March 2011

22 March 2011

AKU BENCI ROKOK




Rokok itu merbahaya!! kenapalah perokok2 tegar skarang ni tak sedar2 bahawasanya rokok itu sangat merbahaya pada kesihatan mereka??? bila agaknya dorg ni nk sedar? takkan nk tunggu sampai sesak2 napas tu br nk sedar?

tau kah mereka bahawasanya, dalam rokok tu ada pelbagai racun yang bahaya??

tengok tu . macam2 ada . Arsenic, nicotine, Stearic Acid, Ammonia pun ada . isk2 . semua bahan2 ni merbahaya tau . oh ya, utk pengetahuan umum, asap rokok tu adelah sgt berbahaya jugak kepada org sekeliling yang terhidu asap rokok tu . cube pikir, apa jadi kalo yg terhidu tu org yang severe asthma?? tak ker boleh buat org tu sesak napas alih2 boleh meninggal org tu . haiiihh~fikir2 kanlah .

bukan itu je, paru-paru perokok ni akan menjadi hitam . kenapa??? sebab, bende2 beracun yg ada dlm rokok tu, semua tersekat2 kat paru-paru tu . sikit2 makin lama makin hitam . makin lama makin boleh buat die jadi dysfunction . korang tau tak pe function sebenar lung ni?? mcmne die function?? kalo tatau, pi GOOGLE or check kat buku anatomy physiology . nak cerita pepanjang kang, tade sapa nk baca lak . huhu

lung mana yang korang nak? nak yang itam legam tu ke, nk yang putih bersih??
paru-paru anda, anda yang tentukan . fikir-fikirkan lah . bukan hanya fikirkan utk diri anda, tapi fikirkanlah utk masa depan anda, anak-anak dan mereka2 yang tersayang .


kepada perokok-perokok dan yang bakal merokok :

berhentilah merokok, dan jauhi rokok untuk masa depan anda, keluarga dan insan2 sekeliling anda . sayangilah diri anda . Allah jadikan anda sihat, kenapa perlu anda merosakkannya dan buat diri sndiri sakit? Jangan bazirkan duit anda dgn perkara2 yang tak berfaedah macam ni .

SAY NO TO SMOKING!!





20 March 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !






Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan

Ada byk sbnrnya pengalaman dgn mak sepanjang 24 tahun saya hidup ni. tapi, ade bbrapa yang masih segar diingatan . Firstly, dulu tiap2 raya mak rajin jahitkan baju raya utk saya dan adik2 . saya paling suka pakai baju yang mak jahit . masa cari kain utk baju kurung, mak msti akan cakap :


"kali ni, pilih kaler baju sendiri ye"

"ok mak!", dgn perasaan gembira


disebabkan saya jenis yang sangat cerewet dlm memilih warna baju dan jenis kain, akhirnya, mak mesti akan cakap :


"apa kata amek kaler warna ni? mak tengok baju kurung tu dah byk kaler biru, hijau"

"alaaa...org nk kaler ni..", smbil pegang kain yg dah menarik perhatian saya tu.

"cube try kaler ni ea. nampak lain cikit . ni lawa ni bila da buat baju", mak pujuk jugak spy amek kaler yg die pegang tu.


pembelian kain selalunya akan diakhiri dgn warna pilihan mak, decision mak . lepas tu jer, mesti muka saya muke masam jer sebab merajuk . tapi, bila mak dah jahitkan baju. baju2 warna pilihan mak tulah yang menjadi kegemaran saya.

keduanya. masa keluarga ditimpa masalah besar, mak bersedih . saya lah yang paling setia mendengar masalah mak, beri pendapat, berikan nasihat yang wajar dan cuba utk ceriakan mak. selalunya, mak yang akan mendengar masalah saya, tapi...apa salahnya kan kalau saya pulak yg dgr masalah mak?

ketiga . saya ingat lagi saya pernah tanya kat mak satu ketika dahulu :



"mak, nak adik!" *slamber mintak adik mcm mintak cokelat je kan?*

tapi mak tak bagi jwpan . mak gelak je . mak cuma tanya balik :

"nak adik apa?"

"nak adik perempuan"



tak lama lepastu, mak mengandung . tapi, mak rahsiakan . bila tanya, mak nafikan . tapi nenek bongkarkan rahsia . hehe . tibe saat genting, abah bwk mak pegi ospital . perasaan aku cuak tambah takot . then, dpt fon call dari abah . abah ckp, mak lahirkan adik perempuan! pergghhh~hepi gila smpai menangis saya . almaklumlah, sebelum ni, saya sorang jer perempuan dlm adik beradik . skarang dah ada kawan nk gaduh! hehe.

keempat. ingat lagi, bila mak bagi green light untuk en.chubby . agak terkejut jugak sebenarnya . sebab, sememangnya mak adelah seorg yang tegas . dulu, mak menolak keras dan tak bagi saya berkawan rapat dgn lelaki . tapi, pelik bila mak ok pulak kali tu . terima kasih mak! doakan kami ye. hehe.





Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?

semestinya saya lebihkan mak dari abah . sebabnya, dalam sebuah hadith ada menyebut :

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah saw dan bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku pergauli?” Beliau menjawab, “Ibumu! Ia bertanya lagi, “Lalu siapa?” Rasul menjawab lagi, “Ibumu!” Ia balik bertanya, “Siapa lagi?” Rasul kembali menjawab, “Ibumu!” Ia kembali bertanya, “Lalu siapa lagi?” Beliau menjawab, “Ayahmu!”


so, kesimpulan disitu, emak adalah lebih penting . ini adelah kerana "SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU"



Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?

oh . tidak! mak dgn abah dah jaga saya dari sejak lahir . bagi makan pakai, bagi sekolah elok2, bagi segala2nya . mak abah jugak berkerja keras siang malam utk bagi yang terbaik utk anak2 . mana mungkin, saya nak letak mak abah dekat rumah org tua . masa dewasa ni lah, masanya utk saya membalas jasa mereka walaupun saya tahu, saya tak mampu utk membalas kesemuanya .



Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka.

itu namanya bodoh kot . mengejar harta pusaka . buat apa? bukan boleh bawak ke mati pun kn . biarlah sama rata . kalau ada, ada . kalau takda, tak menjadi masalah . sebab Islam telah pun meletakkan syarat2 dan bahagian2 yang sepatutnya dalam pembahagian harta pusaka . so, takperlu berebut pun .






18 March 2011

Tanya Fahmi: Aku Ni Tak Cantik Ke?

Assalamualaikum semua!

pe khabar? huhu . saya tgh bosan ni . blogwalking kejap . pastu ternmpak segmen kat blog Fahmi ni . nk join lah . harap2 sempat lg . hehe .

ok . nak jawab soklan2 fahmi ni :


Apakah maksud kecantikan . bagaimana seseorang itu boleh dikatakan cantik ?

hmm...cantik tu subjektif . seseorang itu cantik bukan cuma dinilai hanya pada luaran fizikal jek, tapi dalaman sekali . maksudnya, keperibadian seseorang tu jugak penting . kalau luaran jer cantik, tak guna jugak . sebab luaran tu hanya sementara, tp dalaman, selama3 nya .



Adakah kecantikan itu penting? kenapa?

bagi saya, ia penting . sebab, kecantikan tu jgk sebagai salah satu cara utk meningkatkan tahap confident dlm diri . contohnya, masa nk dtg temuduga kerja . haruslah kemas dan kelihatan cantik . hehe .



Apa perasaan anda bila ada org cakap anda tak cantik?


"saya tak cantik? ape die tu cantik sgt ker smpai nk ckp org lain tak cantik??" . ha, tu yg akan saya jwb klo ade org ckp saya tak cantik . haha . utk pengetahuan, semua yang diciptakan Allah tu, cantik . so, klo setakat muke cantik perangai xcantik, tak boleh jugak . terus jd buruk! haha



kongsikan satu tips kecantikan yang boleh dipraktikkan bersama .

hmmm . byk sbnrnye, tp fahmi mintak 1 je, so saya bg 1 jer . erm..buat masker tomato . haaa! mcmne? camni, mlm2 before tido, cuci muka dlu . then, amek tomato, potong cikit . pastu, tonyoh2 kat muke . jgn wat kasar2, buat lemah lembut jer . nnt jus2 tomato tu akn melekat kat muke . then, baring kejap smpai kering . pastu cuci muke tu dgn air suam . lap dgn kain bersih . hasilnya, kulit bertambah halus dan lembut :)


ok . skarang saya nk tag kawan saya yg cantik2 ni :

atika
nana
lisa
inas





Sweet Pomegranates Bufday Bloglist




nama : Fikriyyah Mahfuudzah Muzamal

nama blog : Lavenshay

email : mahfuudzah87@yahoo.com



nak tag :

Nadrah
Atika
Nana



BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

nak joinnnn!! tapi lambat cikit . boleh la ye abg ben . plisss~ saya taip dgn sepantas kilat ni .






Anda pernah jatuh cinta? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta? kerana fizikal atau keperibadiannya?


YA . saya pernah jatuh cinta, dan masih jatuh cinta lagi . saya jatuh cinta dgn beliau sebab keperibadiannya . ada sesuatu didlm diri beliau yang saya tertarik . bukan cuma sebab fizikal .



Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup? kenapa?

Not really . sebab kalau fizikal jer baik, tp peribadi cam hampeh . tak guna jugak kn? so, biarlah pasangan hidup tu seorg yg sedap mata memandang . tak perlu ensem sgt, tak buruk sgt . org kata, sesuai .



Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik? kenapa?

wahh . soalan mengancam btul lah . hmmm . kalau saya, saya suke bahagian dada . dada yg bidang . itu buat beliau nmpk sexy *errrr~blush2*. dan dada bidang mcm syiokk jer utk landing kepala kat citu . ekeke~



Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' . apakah anda setuju?


tak jugak. mungkin berisi adelah disebabkan wife die masak sedap2 utk dia . but then, mungkin jugak berisi disebabkan genetic !



Setujukah, lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik? jelaskan pilihan jawapan anda .

bagi saya, tak semua org mcmtu . tp zaman sekarang, kelihatannya macam tu lah



Beri contoh LELAKI IDAMAN (bagi perempuan) dan PEREMPUAN IDAMAN (bagi lelaki) . sila jelaskan pilihan anda . kenapa anda pilih 'si dia' .

hurrmm~laki idaman saya nk mcm FAHRIN AHMAD . boleh? hehe~ sbb beliau tu macam lelaki melayu terakhir . badan dah laa sasa . tinggi pun tinggi . ensem pun ensem . haha



Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang?

Yuppps! puashati . sangat2 suka!



Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri?

Not really . still rasa ada kekurangan . nak gemuk cikit .



Perlukah seseorang wanita/ lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya?

Not really . sebab, die kenalah terima dgn seadanya . berubah kerana diri sendiri bukan sebab org lain . org lain tu hanya boleh memberikan sokongan je . kalau bg saya, tak kisah beliau tu gemuk ker, kurus ke . saya terima seadanya .



Zaman sekarang ini, terlalu banyak produk menguruskan badan . apakah anda rasa ianya benar-benar mujarab? ada bukti? hehehe .

errrr~ saya sbnrnya tak percaya dgn product2 kurus ni . kalau nk kurus, cukuplah jaga pemakanan dan rajin2kan excercise . tak perlu amek pil2 kurus ni . sumtimes, bukan buat kurus, tp buat kite sakit pulak . boleh jugak sebabkan penyakit lain cthnye kidney failure . baik jgn amek pil2 kurus ni .




ok . finish

*harap diterima lagi*





15 March 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN



hyep!!


wah . abg ben buat segmen lg! banyak btul kn idea abg ben ni . bbrp hari lepas pun ade segmen2 yg abg ben buat, tp saye xsempat nk join atas sebab saye sedang dlm exam final~wuwuwuwu~sedih .

takpe . nasib baik exam dah habis! yipppie2 . boleh la join segmen abg ben . hihi .
ok, jom!! klik SINI kalau nk join .



Latarbelakang saya :

nama - FIKRIYYAH MAHFUUDZAH MUZAMAL
umur - 24 tahun *tuanyaa*
D.O.B - 8 MEI 1987
anak sulung dari 4 adik beradik . sekarang menuntut di Management Science University, tahun akhir . amek Bachelor Medical Sciences . suke makan . suka tido . ok . tu saja pengenalan diri saya . hehe!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ok, teruskan



Profession saya??


saya masih bergelar STUDENT . hehe



Blog feveret saya??


blog abg ben - sebab byk segmen best
blog cap ayam - sebab blog tu comeyyy mcm tuan die . dan kemas!
blog konspirasi - sebab kelakar penceritaan die plus ade katun yg cute!
blog musafir melayu - sebab blog die sangat cool~



Blog yang saya tak suka nk masuk??


erm~ saya tak suka blog yang cerita2 pasal politik, or bola2 . sebab saya tak suka baca pasal politik dan tak gemar kan dunia bola! huhu



Impian saya terhadap blog saya??


Impian supaya blog ni dapat bg sikit ilmu kat org lain . disamping tu jugak, dapat saya luah2kan perasaan kat blog ni . dan dapat menjana ekonomi hidup saya . hihi~


ok . saya dah join . jom la ramai2 join sama2 .








03 March 2011

Jom Bersantai Dalam Bloglist WacanaKu


tgh bosan2 ni, jalan2 tgk2 blog org lain . cari cerite menarik2 . tibe2 ternmpk lak segmen ni kat blog wacanaku ni . rasa nk join . hehe . sbb simple .

btw, ms bukak2 jer blog ni, tgk latarbelakang yg putih bersih dan simple . mcm aku nyer blog . putih bersih . haha . suci murni la kata kn ek? huhu . blog simple, byk cerita menarik, byk info best!




saye adelah blogger PEREMPUAN :)



[segmen] DI SEBALIK TABIR BLOG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua penghuni dunia! hehe .


tadi berjalan2 dkt belog abg ben, tibe2 nmpak 1 post dr abg ben, beliau nk buat segmen . tgk tempoh post tu, br je 12 minutes ago . huhu . dan saye rase, segmen tu agak menarik dan tertarik . so, nk joinlah . hehe . ok .


Nama yang mak ayah saye bagi FIKRIYYAH MAHFUUDZAH MUZAMAL . lahir pada 8 May 1987 . skarang dh berumur 24 thn *tua dh!* . anak sulung dari 4 adik beradik . masih belajar . pelajar tahun akhir jurusan Bachelor Medical Sciences kat MSU . *rasa, tu je kot utk pengenalan diri* hehe .


follower blog saye br 26 org! *sikitnyeeeeee*
ini adelah kerana, sblm2 ni xpenah rasa nk promote blog sndiri, almaklumlah dlu blog asik bersawang jer . tulis pun tah pape je . hehe . tp skang dh dpt smgt utk menulis kembali .




soalan dari abg BEN ASHARI :

1. Jika anda tak punya blog, apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini?


kalau saye takde blog, saye mungkin hanye akan mengadap facebook jer . tak pun blog walking sbb saye suke baca blog org berbanding blog sndiri . atau jugak main game kat facebook tu . dh mcm2 game online saye main kat facebook tu . ehehehe .

2. ceritakan kepentingan blog kepada anda .


kepentingan blog?? hmmmm . byk jugak sbnrnye . blog ni seumpama diary gak la . cuma yg beza nya, kite taip dan diary ni tak laa se'secret' diary time zaman2 sekolah dulu . dlm blog jugak kite bleh kongsi macam2 info dari org lain contohnye . kite bleh gak dpt ramai kawan2 melalui blog . kalau org yg pemalu mcm saye ni, sesuai laaa utk cari kawan melalui blog . hehe . disamping tu gak, berblogging bleh jana side income!! *ni paling menarik* . melalui nuffnang atau churp churp *skarang* .

3. Blog feveret yang wajib singgah hari hari . kenapa dan mengapa?


1. blog BEN ASHARI . sebab blog beliau byk entri yg menarik2 . b4 ni saye jadi silent reader je . hehe .
2. blog irine nadia . suke sgt singgah blog die sbb blog die comey . org die pun comel . hehe .
3. blog ariff anuar . beliau merupakan class rep saye sebenrnya . suke baca blog beliau sebab byk cerita yg menarik . dismping tu gak blog beliau ade mcm2 info islamic .





sekian dari saya! *nak pegi kelas*