01 January 2012

Tahun Baru, Azam Baru??




Assalamualaikum.


Fuuuuuhhh. fffuuuuuuuhhh!! *tiup-tiup habuk* uhukkkk uhuukk!



kene tiup habuk dulu, sebab blog nie dah bersawang! haha. oh well, this is my first entry for this new year!! yeayyy~!!


anyway, how ur new year starts??


me?? nothing new. wake up in the morning as usual, and nothing has change. its same like before. haha.


orang kate, tiap-tiap tahun baru, kene ada azam baru. yeke??? korang rasa?? haha. yes! aku dah pun meletakkan beberapa azam baru yg tak berapa nak baru la gak sebenanrnye.


1. misi mengGEMUKkan diri
harap-harap misi ni akan berjaya. nak naikkan berat sampai 45kg jer. plissssss~ sapa tau weight gain yg paling berkesan sekali?? aku nak beli!! huhu~*terdesak*

2. misi nak dapatkan Ipad-2
perghh~mission xnak kalah lak kan. hahaha. insyaAllah, ada rezeki ade lah ipad tu nanti *mak cakap*. sebab-sebab nak beli ipad, sebab, nak bagi lappy aku kat adik untuk dia guna kat U buat sementara waktu. kesian lak tgk dia asik guna lappy kawan je. aku ngan izat boleh je dapat lappy bila masuk U. tapi, die xdapat pun. sian dia. so, aku gune ipad je pun takpe. hihi~

3. misi nak beli smartphone
yang ni masih dalam dilemma lagi. aku ngan adik tengah berfikir-fikir either BB or Galaxy S2?? which one is better? ppl said, BB is more cheapersss for internet. guna galaxy mahal sikit. tp kan, aku suka yg large skrin! xsuke yg kecik2 nie. aku ade usha BB torch 9860. perghh~terjatuh cinta beb. isk2. tapi dalam masa yang sama, nak galaxy gak. haiiih~which one??
4. nak bertunang, nak kawen
errrr~yang ni boleh masukkan dlm azam tahun baru ker?? haha. tak kire, nak gak!! hehe. gatai tol. errr~misi ni bergantung pada keadaan. bukan apa, bila masa dah sampai, insyaAllah kan? :)



ok. tu je stakat nie misi-misi besar aku tahun nie. mari sama-sama kita tengok, dapat terlaksana atau tak? ekekeke~


bercakap pasal tahun 2012 nie, taklupe jugak pada 2011 yang telah berakhir semalam. actually banyak juga sweet memories yang takkan ku lupa kan. dan sad memories.


antaranya :

- dapat habiskan degree dengan jayanya!! *paling utama nie*
- raya tahun nie, raya paling syokkkk bersama dengan family
- dapat kerja yang Alhamdulillah bagus setelah habis degree :)
- tahun ni jugak, dapat melihat ramai kawan-kawan yang sudah melangkah ke alam perkahwinan. dan sangat gembira tengok.


yang sedih pulak....

moyang aku meninggalkan kami buat selama-lamanya. sobbbsss~ :(



ok lah. apa yang pentinag sekarang ni, aku harap tahun nie lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. amin~~ :)





16 December 2011

mata oh mata



Assalamualaikum!



lama rasanya tak mengupdate kan? huhu~maaf la, masa tak mengizinkan ku utk berpoya-poya di blog . sangat busy .




busy apakah? huuuuu~ busy penat buat keje lorrr! hmmphh~ku merasakan minggu ni adelah minggu yang sangat mengantuk . sebabnya, sambil buat keje pun aku boleh nk terlelap . camne tu?? haiih~ so, sabtu dan ahad adelah masa untuk aku berehat tido lerr gamaknya *mmg slalu pun buat* hahaha!




rabu haritu ade 2nd dinner IMS . aku turut serta pegi sana lepas balik keje . perghh~letih dan mengantuknya bukan kepalang dah . sampaikan nak makan pun, xlarat dah . makanan ala-ala kenney rodgers babe! hahaha~nampak menarik, tapi.......bagi aku failed! tatau kenapa rasa dia macamtu . terus terbantut selera aku . grrr~last2 makan spagetti, popia ngan puding je . lol~




artis jemputan masa tu, Kilafairy . errr~aku sebenarnye tak tau pon dia tu menyanyi selama nie . wahahahaha!! but, she's gorgeous that nite! i like her baju kurung . soooo beautiful! kurusnya dia dan kecik je orang nya . ingatkan besa la sangat dia tu . hehe~nasib baik suara sedap! :)




habis je dinner, terus gerak balik . sesampai je rumah, dh macam tak de tenaga langsung . mandi pun ala kadar je, asalkan bersabun . pastu, terus tido loooo! sok kena bangun awal pulak . huuu~




hmm~now kat opis, baru siap keje . mata nie rasa macam nk tertutup je nie weyhh!! isk2.. :(







12 December 2011

aku redha akan pemergiannya..

*raya terakhir*







Assalamualaikum!







maaf sebab lama menyepi . bukan taknak mengupdate, tapi masa tidak mengizinkan . agak busy dan ada perkara yang terjadi sepanjang minggu lepas .








pemergian nenek a.k.a moyang aku telah pergi meninggal kami semua buat selama-lamanya . walaupun pemergiannya telah kami jangka sejak awal lagi, tapi kesedihan tetap terasa . lebih terasa sebab, arwah dulu penah jaga aku dan adik-adik masa sekolah dulu . hmm~








rasa sedih sebab tak dapat jumpa dengan arwah buat kali terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami . bukan aku taknak balik kampung, tapi masa tak mengizinkan . Malam jumaat lepas, lepas balik dari kerja, nenek call dari kampung dan bagitau yang nyang dah meninggal . terkejut, terkedu, tetapi redha . sebab telah dijangka .








arwah meninggal dalam tidur . semua disekeliling tak sedar pun dia pergi . walhal, beberapa minit sebelum beliau pergi, adik baru je bagi dia minum :( sesampai je kat kampung terus tengok jenazah . hurmm~memang tenang wajah arwah . macam tengah tido . bacakan yasin dan sedekah kan al-fatihah . memang aku takboleh nak duduk sebelah jenazah lama-lama . bukan takut, tapi sebak .








kebumikan esok tengahari lepas solat jumaat . hari tu, hari bersejarah buat aku sebab aku firstime tolong mandikan jenazah . Ya Allah, tatau nak cakap macamana feeling aku masa tu . air mata mengalir laju je . cuba tahan, tapi tak boleh . tapi tetap aku kuatkan hati sehingga selesai mandikan arwah . sedih yang teramat .








lepas mandi, session mengkafan kan pulak . haritu jugak firstime aku tengok macamana org mengkafankan jenazah dan aku turut serta buat sama-sama dengan my mom & cousins . lepas selesai kafan, kami sekeluarga dipanggil untuk tengok arwah buat kali terakhir sebelum tutup muka arwah . masa tu, tatau nk cakap macamana, masing2 air mata tak berhenti mengalir . tersangat sedih . yelah, lepas tu dah tak boleh lagi tengok dia . itu adelah kali terakhir sebelum dikebumikan . sorang2 datang cium arwah . kecuali aku . hmmm~aku memang takboleh nak cium sebab air mata tak berhenti-henti . aku taknak disebabkan air mata aku tu akan menyiksa arwah . aku taknak air mata aku jatuh ke pipi arwah . bertambah sedih dan pilu bila muka arwah ditutup dan diikat dan dimasukkan ke dalam keranda untuk dibawa ke masjid untuk solat jenazah . sedih sangat .








cuaca haritu sangat baik . tak panas, tak hujan . segalanya berjalan dengan lancar . selesai semuanya, malam tu ada kenduri tahlil pulak . 3 hari berturut-turut . maklong aku cakap, memang kene buat 3 hari berturut-turut . reason yang maklong aku bgtau is :







1st day : roh arwah datang tengok tempat dia terbujur


2nd day : roh arwah datang tengok tempat dia selalu duduk lalu ikut pintu depan


3rd day : roh arwah datang tengok ahli keluarga ikut pintu belakang








errr~korang pecaya tak?? erm..aku? tatau nak percaya ke tak . huhu~macam-macam . nak lagi, maklong kata sebab tu takleh alihkan dulu tempat dia meninggal tu . sebab dia nak datang tengok . errrr~haiiishh~lepastu kan, yang aku conpius tuh, kenapa eh dorang pasang kemenyan bila ade orang meninggal??? ni paling aku takleh terima! huuuu~







ermmm~masih


terngiang-ngiang suara arwah memanggil kami nak mintak makan


terngiang-ngiang suara arwah mintak sikit apa yang kami makan walaupun dia takleh makan benda tu



teringat lagi bila arwah mintak kami air gas



terngiang-ngiang bunyi kerusi plastik yg ditolak-tolak dijadikan tongkat untuk berjalan *ferrari kata adik2 spupu aku*


teringat bila tiap kali nak balek dari kampung, duit dihulur pada aku









sedih . bila semua tu masih segar didalam ingatan . dan takkan luput dari ingatan .





Al-fatihah untuk nyang ku tersayang...





~Al-fatihah~







p/s : mood tengah swing2~~mcm2 benda dalam pale otak!