26 August 2012
they gettin' bigger now!
09 July 2012
babai kawan lama.. say Hi to kawan baru!!
24 June 2012
Dia yang tak pernah kenal erti penat~
Dulu..
Disaat aku hilang semangat untuk belajar,
Dia datang memberikan ku semangat,
Dia datang mengajar ku,
Tak pernah bosan, tak pernah jemu.
Dulu,
Disaat aku malas untuk belajar,
Dia datang memberi ku nasihat,
Dia datang memberi ku kekuatan,
Senyuman tak pernah lekang di bibirnya,
Walaupun aku sering degil dan nakal,
Tapi dia tak pernah marah, tak pernah membiarkan.
teringat kata-kata terakhir darinya :
"Fikriyyah, cikgu dah ajar awak semua skill2 yang cikgu ada, addmath, math, fizik dan kimia. lepas ni, awak jangan malas nak ulangkaji buat kali terakhir sebelum masuk exam dan jangan nakal-nakal lagi. doa banyak-banyak. cikgu doakan awak berjaya. nanti bila dah jadi doctor, boleh la cikgu dtg jumpa awak. cikgu bangga sebab cikgu dpt lahirkan seorang doctor...."
setiap hari,
walaupun malas, ku gagahi jua pergi ke kelas utk belajar bersama dia.
walaupun kadang otak ini malas nak berfungsi,
Dia ada membantu, mengajar,
Dia gigih, dia sentiasa penuh dengan semangat dan tenaga,
Walaupun letih, senyuman tetap diukir.
Tapi kini,
Cikgu dah tak perlu risau lagi.
Cikgu dah boleh berehat,
Allah bagi cikgu berehat pula,
bukan sementara....
tapi selamanya.......
Allah tahu cikgu dah penat,
Allah tahu sudah sampai masanya utk kami berdikari pula,
Allah sayang kan cikgu,
Semoga cikgu tenang berehat disana dan diletakkan bersama-sama orang yang soleh.
*dia cikgu yg paling baik yang pernah aku jumpa. dia cikgu yang paling penuh dengan kesabaran yang pernah aku kenal. dia cikgu yang paling ceria setiap masa tak kira penat atau letih.
cikgu din...
maaf,saya belum jadi doctor lagi.
sebelum saya sempat jadi doctor, cikgu dah pergi..
buat selama-lamanya....
mode : Rindu cikgu din. T_T
03 June 2012
cantik dan sihat . mana lebih utama??
27 May 2012
gemuk tu sehat? kurus takde penyakit?? sure ke??
ok, kita stop cakap pasal figure body . berbalik pada tajuk asal . GEMUK TU SIHAT KE? YANG KURUS PULA, PASTI KE TAK ADA PENYAKIT?? haaa!! wahai wanita2 yang kurus diluar sana, jangan ingat anda kurus, anda dah cukup sehat tau . sebab, org kurus ni la selalu jugak bermasalah .
contohnya :
hah~itu baru utk orang yang kurus, kalau yang gemuk?? apatah lagi kan? mesti lagi banyak complication .
kerana~~ dirimu begitu berharga!
15 May 2012
Should make a big step in my life
ok la , mukaddimah nak panjang pulak laaa kan . ciss! kembali ke tajuk asal . huh? wut a big step? *berfikir sejenak* . huhu . masa aku duduk termenung semalam, dan tadi . aku berfikir banyak perkara, banyak sudut aku jelajah . banyak juga benda yang harus aku ubah dalam life aku ni . terlalu banyak . especially hutang piutang aku yang berlambak . fuh! tapi.aku bukan hutang ahlong ye . huhu . ini hutang belajar meyyhh! can u imagine that, with my age rite now, i dah berhutang about 100k ++ . wtf laaa kan!! lepastu, aku yakin 100% dgn gaji aku skarang yang tak seberapa ni,takkan mampu utk aku bayar semua nya dalam masa yang singkat melainkan, aku ade pokok duit!! huhuhuhu . demn! hidup dlm berhutang ni, rasa amat3 lah tak selesa . pernah korang rasa tak? -_-"
Dengan duit gaji yang sekarang ni jugak lah aku nak tolong2 family sikit . dengan gaji ni jugak lah aku nak kene buat savings . errr? savings?? *garu kepala jap* . saving ni payah sikit aku nak cakap . sebab nya, walaupun aku dh keje omost 6 month,but masih belum dapat nak menabung . tiap2 bulan, ada jeeeee nak kne guna duit . duit pulak keluarnya macam air je . masuk lambat pulak cam sipot!! huh! tensen! kalau macamni lah,camne nak kawen cepat?? grrr~ ok fine . aku kalo boleh nak kawen cepat . cam orang lain gak dow! huhu . tapi takde la sampai tahap desperate babe . aku still slow moving . ekekkee!
huh . banyak lagi sebenanrnya yg aku tgh fikirkan . nak cite tapi ngantuk.sgt lah! to be continue boleh?? alaaa. xkire,nak.gak to be continued! hahahaha!!
nite people!! love ya!!
to be continue............
17 April 2012
Melepaskan sesuatu untuk sesuatu~
Hii. lama rasanya tak update kat sini . bukan tak nak menjenguk blog ni, cuma kekangan masa dan internet yang agak limited *sigh*
rindu nak bercerita tentang hidup sendiri . sebab kadang-kadang, ada perkara yang kita tak boleh nak cerita kat org lain secara terus, tapi kita boleh bercerita melalui tempat-tempat lain macam kat dlm blog . hegegege~
Melepaskan sesuatu untuk sesuatu . korang pernah buat tak?? melepaskan sesuatu yang korang sayang, utk sesuatu yang lebih korang sayang?? kadang-kadang, ada benda yang kita tak boleh memiliki kesemuanya . memilih satu yang terbaik untuk kita adalah lebih baik . yes, lebih baik . melepaskan sesuatu yang kita sayang memang sukar, tapi itu adalah yang terbaik .
orang kata, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita kena doakan dia bahagia . kan? walaupun kita tak bersama dengan dia, sekurang-kurangnya kita mendoakan kebahagiaan dia dunia akhirat . dan kita pulak, haruslah menjalani kehidupan seperti biasa dan kita kene lah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni sebelum Allah tarik semua nya . yes, bersyukurlah .
kehilangan seorang kawan adalah sangat sakit berbanding kehilangan kekasih . pernah rasa?? yes, aku pernah merasainya . dan ia sangat sakit, sedih . sebab apa aku kata bila kita kehilangan kawan lebih sakit dari kehilangan kekasih? sebab .. in our life, friends is important . boleh ker kita hidup kat dunia ni sorang2?? haaa~ tak boleh kan? so, jagalah hati kawan-kawan korang dengan baik, sebab kawan-kawan itu lah jugak yang selalu ada bila kita sedih, bila kita gembira . jadilah sahabat yang setia sebelum kita nak sahabat yang setia .
pesanan ku untuk seorang kawan:
"..yang terbaik itu pasti ada . berusahalah untuk mencari yang lebih baik dari berjuta yang baik tu . pilihlah dan bersabarlah . Allah tu sentiasa memberikan semua yang terbaik utk hamba-Nya . itu adalah janji-janji-Nya untuk kita . Allah sayangkan kamu, sebab tu Allah bagi ujian ni kat kamu . Dia takkan berikan sesuatu ujian itu kalau kamu tak boleh memikulnya . supaya kamu lebih mengingati-Nya . Allah tu memberikan kamu seseorang yang salah untuk sementara waktu, sebelum dia berikan kamu seseorang yang betul . tabah dan bersabarlah walaupun semua itu pahit buat kamu, telanlah dan bersyukurlah.."
03 April 2012
28 March 2012
Lots of works, Lots of things to think, Lots of senario happened~~
Assalamualaikum semua!!
fuuuuuhhhhh fuuuuuuuuhhhhh~~ *tiup2 habuk + sawang*
haha! lama sungguh tak update blog ni . maaf ya, bukan tak sudi, tapi kekangan masa yang tak mengizinkan . tooooo many works to do in office . haiish~ya, people said dat works doesnt finish forever! memang pon! hari-hari ada je keje . bukan makin sikit, makin banyak . LoL~
ok, bosan lah asik cerita pasal kerja je . kalau aku cerita banyak pun, bukan korang tau kerja apa aku buat kan . huhu~ moh cerita pasal life aku for this few month (^^,)
there are toooo many things to think of for this few month . damn tired . sebab kadang-kadang memikirkan sesuatu yang aku sendiri tak jumpa jawapan . end up, aku sendiri yang stress . haha . memikirkan tentang life sendiri . memikirkan tentang relationship yang ade nie . dan macam-macam lagi . relationship, kadang-kadang aku rasa macam aku mengharap pada sesuatu yang tak pasti . uwaaaaa!! rasa nak nangis . sometimes aku rasa relationship aku ni makin hari makin hambar walaupun jauh di sudut hati aku ni, aku inginkan dia yang dulu . hmmm~but impossible la kan?
pernah tak korang menghadapi ni, disaat korang terjatuh dan hilang semangat, tiba-tiba datang seorang kawan yang membantu korang tegak berdiri semula dan pulihkan semangat? walaupun, sebenarnya jauh disudut hati kecil korang tu, inginkan si dia adelah orang yang membantu korang tu . hhmmm~susah kan? but, its happened to me . more than once! and still, i want him besides me than others .
ok, stop talking bout love cause this will never ever end! huhu~~
aishhh~dah nak mula kerja lah . masa sangat mencemburui aku . ciss ciss . T___T
takpe lah, later aku update lagi *tapi tatau la bile tu kan* sobbbsss!
babai si kachak dan si chantek!! :)
p/s : mood saye harini - sangat rindu~~ T__T
06 March 2012
Hek eleh! tak payah la nak kerek-kerek pulak!!
Huh!
harini nak update post bengang . boleh?? haiish~
tensen betul dengan orang-orang yang baget buat kerja takde salah . macam la ko dulu masuk kerja semua kerja ko buat betul 100% . standard la tu kalau budak baru masuk ade buat silap yang kadang-kadang nampak macam kecik jer silap dia tu . heh~
bukan aku marah pun kalau ko nak tegur ke hape . tapi tak payah la kerek sangat . kaum kerabat semua sama!! heh~ingat aku tatau ke muka-muka yang selalu jer aku detect buat salah, dan muka-muka yang sama gak yang kerek terlebih . Macam korang buat takde salah langsung je . haiiiishh~bengang lak aku . orang lain takde lak tegur cam ko tegur . kerek gile kottt~~
dah la dah memang tensen, tambah lagi tensen . grrrr~
05 March 2012
S . E . R . A . B . U . T

Lately..
too many things happened..
too many things to think..
but now..
all that kind of thingy become more more more COMPLICATED!
donno wut to do..
donno wut to think..
donno wut to decide..
p/s : Love is all about trust~~
21 February 2012
biar miskin, asalkan bergaya??
Hi people around the world . Hope semua sihat-sihat belaka :)
huh, harini hari kedua aku di opis tanpa berbuat apa-apa . mengantuk, bosan suma tu jangan cakap lah . since pagi tadi aku tak henti tengok jam . now, pun sama . bila lah nak dapat password baru ni . lambat betul (T__T) ye, salah aku jugak, sapa suruh terlupa password yang diri sendiri create haritu *sigh* tengokkk?! sekarang sapa yang susah?? awakkkk jugak . heh~ rasa nak ketuk kepala sendiri je sebab boleh pulak lupa password sendiri . ini la akibatnya banyak tido diwaktu weekend haritu . haiihh~
tak pelah, nak buat macamne kan . benda dah nak jadi *pujuk hati sendiri, padahal tengah bosan* grrrr~
ok lah, berbalik pada tajuk . sorry, intro terpanjang pulak . huhu . ok, apa pendapat korang tentang barang branded?? perlu ke? i mean, perlu ke setiap kali nak beli barang, kene cari barang-barang yang branded je?? oh, mungkin bagi mereka yang dilahirkan di dalam keluarga yang berada, branded itu satu kemestian . atau dalam kata lain, kalau tak branded tak sah . hahaha . siapa rasa pendapat aku tu betul?? *sila angkat tangan separuh!" hehe.
Bagi aku, untuk memiliki atau membeli barang branded ni, most of us mesti ada angan-angan tu kan? *ni untuk orang yang sederhana macam aku* . tak dinafikan laaa, sebab aku pun macam tu jugak . cita-cita dan keinginan yang tinggi . walaupun dapat 1 barang pun jadilah . kan kan kan??
nak beli barang-barang branded ni, haruslah bijak . nowadays, banyak gila barang-barang fake . orang kedai tu kata beriya je itu semua original lah bagai . tapi rupanya bukan . huh~keji rasa nya bila tertipu . apa tak nya, dah la mahal, bukan original pulak tu . ade tak korang rasa macam nak mencarut bila terkena macam nie?? haaaa!
Pada aku, barang branded ni aku akan beli untuk certain things jer yang aku rasa kan patut . apa yang certain things tu?? haaa~ ni kalau aku lah ye . sebab tengah bercerita pasal diri sendiri kan? hehehe . ok . teruskan . hmm , kalau aku, untuk barang branded + original tu adelah untuk benda-benda yang aku nak guna lama . contoh nya :
1. JEANS
haaa~yang ni memang aku akui, aku lebih suka beli yang branded berbanding yang biasa . sebab?? - sebabnya, aku nak pakai lama . aku rasa berpatutan untuk orang macam aku yang tak gemuk-gemuk . so, mudah untuk aku pakai lama jeans tu . haha~dan untuk membelinya, adelah sangat parah aku rasa . sebab tu jugak aku hanya akan beli bila aku rasa perlu SAHAJA . bukan kata malas je, tapi sebenarnye, tak suka fitting jeans (-__-!!) . untuk jeans je perlu makan belanja yang banyak jugak . sehelai jeans je dah >RM150 . paling mahal jeans yang aku penah beli, RM250 . haiishh~kopakk .
2. LAPTOP/HANDPHONE/GADGET-GADGET LAIN
haaa~yang ni pun penting jugak nie . macam aku, suka duduk depan lappy lama-lama . kalau sehari ade 24 jam, kalau boleh 24 jam jugak depan tu . haha~ takde laa . gila apa? kau tak solat, makan, berehat ke pun kan . huhu . cakap pasal lappy, haruslah pilih yang betul-betul berkualiti dan kalau aku, NO secondhand . sebab apa?? - sebab, kite tak tau orang yang sebelum tu guna macamne or mungkin dah rosak-rosak then dia jual, kite beli . tak ke rugi? bila beli, tak leh guna pulak . nak kene repair semula pulak . tu dah membuang duit nama nya . so, biarlah kita keluarkan duit yang banyak tu SEKALI je dari berkali-kali . same goes to handphone . now banyak sangat dah enset-enset yang nampak ori, tapi dlm dah ditukar-tukar . ni lagi sadis . sebab tu, aku sarankan sape-sape nak beli enset, pegila dekat kedai dia . i mean, kalau nak beli samsung, pegila kedai samsung yang berdaftar . jangan simply beli dekat booth-booth ke . sebab selalunya, dorang tipu je!! *cakap berdasarkan pengalaman* oh, saye baru beli fon samsung S plus . *wink wink*
3. JAM
jam tangan pun antara yang aku rasa aku nak pakai lama, dan selalunya aku akan beli yang berjenama *bila ada duit* . sebab, berbanding jam yang seploh hinggit kat kedai-kedai tepi mall tu, jam berjenama lebih tahan lama dan tahan lasak . jam seploh hengget tu pulak kadang-kadang tak sampai sebulan dah rosak . pastu, beli lain . kalau sebulan 2-3 kali beli jam seploh lima belas hengget, tak ker macam dah boleh beli 1 jam mahal??? haaaaa~baik la beli terus yang branded kan? jimat pun jimat . tahan lama pulak tu . :) bukan la aku ni tak pernah beli jam seploh hengget, pernah! selalu gak . sebab, kadang-kadang tah mana-mana jam aku letak, lupa . nak pulak tangan ni tak boleh kosong, rasa cam togel pulak . haha . so, kene laaaa jugak beli yang murah dulu then baru beli yang mahal . :)
haaa~korang pulak camne? tu aku punye barang-barang yang aku rasa aku memang kene beli yang ori dan berkuality . huhu . kalau handbag pulak korang rasa camne? kalau aku, as long as that handbag cantik, kemas aku akan beli . tak kira lah murah ke mahal ke . tapi sebenarnye, kalau barang murah sekalipun, kalau kita cermat mengunakannye, akan tahan lama jugak . ye tak? :) tapi, tak dinafikan la aku jugak teringin handbag yang branded . sebenarnye paling-paling aku nak, handbag from CarloRino. tak tahu kenapa suka sangat . sanggup tu kumpul duit . dah berhasrat, bila kerja nanti nak beli 1 . huahuahua~duit dah ade, masanya pulak tak ada *sigh* oh, nak tanya, apa perasaan korang kalau ada orang hadiahkan korang suatu benda yang bagi korang sangat mahal harga nya??? serba salah nak terima? or terima je??
kalau kasut pulak macamana? yelah, certain people suka kumpul kasut banyak-banyak . heels ke, palm shoes ke . kalau aku, aku lebih suka cari yang murah yang takde la murah sangat untuk sandals or slipper biasa . sebab sandals tu boleh pakai hari-hari, lasak-lasak . but for me, for heels i prefer yang berkualiti . sebab, heels nie aku jarang sangat pakai, so, bila beli yang mahal tu, aku rasa berbaloi la gak sebab lambat rosak nya . haha~tapi tak bermakna aku tak beli yang murah tau . aku akan beli, as long as kasut/heels/wedges tu nampak mahal dimata . aku akan beli . hihihi~
kalau baju pulak, aku rasa tak perlu kot beli mahal-mahal, as long as cantik, kain dia best, dan cantik jahitan nya, aku akan beli . huhu~Sebab tak berbaloi aku rasa kalau beli contohnya t-shirt yang harga cecah 30-50 hinggit cuma untuk sehelai t-shirt yang kosong, or terlalu simple . tu memang paling aku takleh terima . haha~cantik memang cantik, tapi harga, not worth it . huhu . tapi tu cuma lah pendapat aku je . setiap orang lain citarasa :)
but for me, most important thing is NO SECONDHAND thingy~dan apa yang penting jugak, kalau nak beli barang-barang branded ni, biarlah ikut kemampuan masing-masing . jangan sampai sebab nak beli sangat barang branded tu, kau terpaksa ikat perut pulak . tak patut . tak patut . orang kata, biarlah sekadar yang mampu . tapi ade juga orang kata, biar miskin asalkan bergaya . huh~ni kategori parah . haha . ingat, harta ni semua dunia je, tak boleh bawak bila mati . takkan nak bawak masuk kubur beg tangan GUCCI, COACH, LV korang tu dalam kubur kan? kan? kan? or bawak kereta besar, rumah besar korang dalam tu kan? jadi, berfikir dulu sebelum beli . adekah ia KEPERLUAN atau KEHENDAK? (^__^)V peace!
20 February 2012
Hari-hari ulang benda yang sama (-__-!!)
Assalamualaikum semua.
Akhirnya setelah sekian lama menyepi . sekian lama tak menjenguk blog ku yang dah bersawang gila sampai habuk 5 inch dah . huk . huk . huk . maaf, bukan tak nak update tapi kekangan masa . masa memang cemburu dengan aku . haiiishh~
dulu, tak bekerja, bila-bila masa boleh nak update-update, blogwalking bagai . but now, fuhhhh! hanya Tuhan saja yang tahu . walaupun dah pasang niat nak update blog lepas balik kerja, selalunya tak tercapai niat . sebab?? penat ahhh!! yang aku tau, balik je keje, terus nak tido . nak sms bf pun, tak sempat . tu pasal dia dah macam meroyan semacam . sebab aku terlalu busy kot . sorry la eh sayang . orang baru nak beradaptasi dengan dunia baru . macamni la gamaknye . haruslah bersabar macamana orang bersabar dengan awak suatu masa dulu .
mesti korang tertanya-tanya kan camne lak aku leh lak nak update harini? oh, tapi kalau tak tertanya pon takpe . ekekeke~ ni adelah disebabkan aku takleh nak access system kat opis . why???? sebab aku lupa password, terus disable system aku . peh!! leceyhhh!!! nak kene tunggu password baru lak dari IT administrator . alamatnya, 2-3 harini aku akan membuang masa jer la kat opis sampai password baru dapat . korang rasa nak melompat ke nak sedih?? huh~
aku rasa nak sedih jer wey . sebab, bosan . bukan takat bosan, nanti productivity aku kurang laaa!!! arrrghhh~dah la tengah lagi under training . accuracy? huh~~aku tengok, ade la gak makin berkurang . hopefully, next month dah boleh confirm . kalau tak, kene training lagi 3 bulan . tak sanggup daaaaaa!!
ok lah, i nak blogwalking dan baca novel online kak acik . huehuehue~ mengisi masa lapang la katekan . babai!
16 January 2012
Tahun baru, cabaran dan dugaan yang baru.. T__T
"Allah takkan berikan dugaan dan cabaran sekiranya ia tak mampu dipikul oleh hamba-Nya"
seberat mana pun dugaan, sehebat mana pun cabaran, kita kena lalui semuanya dengan tenang dan bersabar. tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.
Masuk tahun baru ni, aku rasa ni post aku yang kedua kalau tak silap. haha! sorry guyss! i'm busy. baru saja selesai konvo minggu lepas. dan minggu lepas juga direct keluar bawak family kawan dari serawak berjalan-jalan di sekitar KL. memang tak sempat langsung nak update blog nie. tapi insyaAllah, if dah tenang sikit nanti, akan diupdate. hehe.
berbalik pada topic, errr~dugaan apakah? cabaran apakah yang sedang aku alami sekarang nie?? hmm~peperangan hati dan perasaan. cheewahh!! gedik! huhu.
hmm~si dia sudah mula bertanya tentang hantaran. grrr~tapi........ masih tiada jawapan yang mak aku berikan buat masa sekarang. sepertinya tak nak bagi aku kawen or bertunang buat masa sekarang. *sigh*. di pihak aku sendiri, aku xtahu samaada aku dah bersedia atau pun belum untuk move to the next step. aku takut, aku rasa belum bersedia. banyak aspek yang perlu difikirkan. dan, memikirkan macamane nak berhadapan dengan orang yang membenci aku? boleh bagi idea? huhu~
01 January 2012
Tahun Baru, Azam Baru??
Assalamualaikum.
Fuuuuuhhh. fffuuuuuuuhhh!! *tiup-tiup habuk* uhukkkk uhuukk!
kene tiup habuk dulu, sebab blog nie dah bersawang! haha. oh well, this is my first entry for this new year!! yeayyy~!!
anyway, how ur new year starts??
me?? nothing new. wake up in the morning as usual, and nothing has change. its same like before. haha.
orang kate, tiap-tiap tahun baru, kene ada azam baru. yeke??? korang rasa?? haha. yes! aku dah pun meletakkan beberapa azam baru yg tak berapa nak baru la gak sebenanrnye.
1. misi mengGEMUKkan diri
harap-harap misi ni akan berjaya. nak naikkan berat sampai 45kg jer. plissssss~ sapa tau weight gain yg paling berkesan sekali?? aku nak beli!! huhu~*terdesak*
2. misi nak dapatkan Ipad-2
perghh~mission xnak kalah lak kan. hahaha. insyaAllah, ada rezeki ade lah ipad tu nanti *mak cakap*. sebab-sebab nak beli ipad, sebab, nak bagi lappy aku kat adik untuk dia guna kat U buat sementara waktu. kesian lak tgk dia asik guna lappy kawan je. aku ngan izat boleh je dapat lappy bila masuk U. tapi, die xdapat pun. sian dia. so, aku gune ipad je pun takpe. hihi~
3. misi nak beli smartphone
yang ni masih dalam dilemma lagi. aku ngan adik tengah berfikir-fikir either BB or Galaxy S2?? which one is better? ppl said, BB is more cheapersss for internet. guna galaxy mahal sikit. tp kan, aku suka yg large skrin! xsuke yg kecik2 nie. aku ade usha BB torch 9860. perghh~terjatuh cinta beb. isk2. tapi dalam masa yang sama, nak galaxy gak. haiiih~which one??
4. nak bertunang, nak kawen
errrr~yang ni boleh masukkan dlm azam tahun baru ker?? haha. tak kire, nak gak!! hehe. gatai tol. errr~misi ni bergantung pada keadaan. bukan apa, bila masa dah sampai, insyaAllah kan? :)
ok. tu je stakat nie misi-misi besar aku tahun nie. mari sama-sama kita tengok, dapat terlaksana atau tak? ekekeke~
bercakap pasal tahun 2012 nie, taklupe jugak pada 2011 yang telah berakhir semalam. actually banyak juga sweet memories yang takkan ku lupa kan. dan sad memories.
antaranya :
- dapat habiskan degree dengan jayanya!! *paling utama nie*
- raya tahun nie, raya paling syokkkk bersama dengan family
- dapat kerja yang Alhamdulillah bagus setelah habis degree :)
- tahun ni jugak, dapat melihat ramai kawan-kawan yang sudah melangkah ke alam perkahwinan. dan sangat gembira tengok.
yang sedih pulak....
moyang aku meninggalkan kami buat selama-lamanya. sobbbsss~ :(
ok lah. apa yang pentinag sekarang ni, aku harap tahun nie lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. amin~~ :)